Dahannya 2-3 kali lebih besar dari pokok biasa

Umar adalah seorang kanak-kanak biasa. Tidak ada yang luar biasa mengenai Umar. Sekurang-kurangnya itulah yang Umar fikirkan.

Berusia 12 tahun, dia sedang bersiap sedia menghadapi peperiksaan UPSR yang akan dijalaninya tidak lama lagi. Bersekolah di sekolah biasa. Mempunyai dua orang ibubapa yang juga biasa-biasa. Mempunyai seorang abang dan 3 orang adik. Menggemari permainan komputer dan bola sepak. Meminati mata pelajaran matematik. Tidak suka pada Bahasa Inggeris.

Apa yang berbeza dari kebanyakan kawan-kawannya? Umar tidak dapat memikirkan satupun jawapan yang boleh dia berikan.

Jadi kenapa perkara seperti ini boleh berlaku pada dirinya? Umar bertanya kepada dirinya lagi.

Buka sahaja mata, dia terlihat satu bayangan binatang besar seakan-akan seekor naga terbang melintasi udara. Naga?. Dia menggosok-gosok matanya. Bayangan itu sudah tiada. Mungkin aku tersilap nampak atau mungkin itu cuma seekor cuma burung yang besar, kata Umar di dalam hati. Dia sedang terbaring di atas padang rumput.

Baca Selanjutnya »



Kampung Sirdhem

Umar dan Ruindoldaer berjalan agak lama.

Selepas beberapa ketika berjalan, Umar bertanyakan sumber air yang boleh dia jadikan sebagai air untuk berwudhu'. Umar berwudhu lalu mengerjakan solat jama' dan qasar. Kiblat dapat dicari berpandukan kedudukan matahari di langit.

Timbul satu persoalan, adakah ka'bah masih wujud di dunia ini?.

Ruindoldaer hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Umar.

Disepanjang perjalanan mereka berbual. Tidak seperti Ethirhel, Ruindoldaer lebih ramah dan ringan mulut. Sepanjang perjalanan dengan Ethirhel, mereka tidak bercakap sepatah pun.

Umar bercerita segala-galanya kepada Ruindoldaer.

Baca Selanjutnya »



Thorn Si Naga Merah
Sebaik sahaja Umar keluar dari bilik Druidar, hari sudahpun malam. Dia melihat ke kanan, ada sebuah jambatan kayu. Sekiranya dia mengikuti jambatan kayu itu, dia akan sampai ke sebuah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik yang gelap. Hanya dua buah obor di hadapan rumah itu yang dinyalakan. Mungkin kerana tiada siapa yang membuka lampu di dalamnya, fikir Umar.

Sumber lampu diwaktu malam adalah daripada obor yang dipasang. Sepanjang setiap jambatan ada obor yang sentiasa terpasang. Di setiap rumah juga ada obor yang terpasang, biasanya berdekatan dengan pintu masuk.

Dia melihat sekeliling Sirdhem daripada atas bangunan besar itu. Disebabkan dia dibawa oleh pengawal tadi secara tergesa-gesa dia tidak sempat melihat pemandangan di sekeliling Sirdhem dengan lebih jelas. Pemandangan malam di Sirdhem sungguh indah.

Sirdhem tidaklah terlalu besar, ia hanya mempunyai satu bangunan besar di tengah-tengahnya yang disambungkan kepada beberapa rumah-rumah di atas pokok yang lain. Umar mula mengira bilangan rumah yang ada disekelilingnya. Daripada apa yang dia nampak, ada 8 buah rumah. Mungkin ada beberapa lagi yang dia tidak dapat nampak berada di belakang bilik Druidar.

Baca Selanjutnya »



Pedang Cahaya Ruindoldaer
Mereka tiba di sebuah padang yang digunakan untuk latihan. Terdapat ramai kanak-kanak dan remaja yang sedang berlatih di situ. Ada yang sedang memanah, ada yang sedang menggunakan magic, ada yang berlatih menggunakan senjata, dan ada yang sedang melalui rintangan. Umar teruja, tak sabar nak mula berlatih.

Akkar besar orangnya. Berbadan sasa. Mukanya bengis.

"Ini Umar" kata Ethilher dalam bahasa sindarin. Umar sudah siap-siap menggenggam kiub kaca penterjemah sejak dari pagi tadi bagi memudahkan dia memahami bahasa elf di sini.

"Hmph, datang sini, biar aku tengok betul-betul." Akkar memanggil Umar

Umar berjalan menghampiri Akkar.

"Buk!", tanpa dia duga, Akkar menumbuk dada Umar.

Umar terpelanting sejauh satu meter ke belakang. Umar jatuh terlentang. Dadanya sangat sakit.

Baca Selanjutnya »



Gua Suci Elf

Umar semakin seronok berada di Sirdhem. Ruindoldaer sudah dianggapnya sebagai sahabatnya hidup dan mati. Setelah mereka mengharungi pengalaman hampir mati dibunuh oleh Harimau Bayang, hubungan antara mereka berdua menjadi lebih rapat lagi.

Selain dari Ruin, Umar juga suka dengan budak lelaki yang baru dia kenali, Nestor.

Semakin lama Umar semakin rapat dengan Nestor. Nestor tak banyak bercakap, sepatah ditanya sepatah jugalah dia menjawab. Dia ditugaskan mengekori Umar sepanjang hari dan menyembuhkan Umar setiap kali Umar tercedera. Nestor mengingatkan Umar kepada adiknya di rumah.

Satu yang paling Umar suka mengenai Nestor adalah dia mudah malu. Comel!

Baca Selanjutnya »



Umar tiba di Hithlum

"Ruin awak memang genius!"

Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Umar setelah dia mendengar rancangan Ruin. Setelah pulang dari gua suci elf, mereka terus duduk berbincang tentang bagaimana mereka mahu mengelakkan Umar daripada dibunuh oleh lelaki misteri itu.

Setelah dua jam memikirkan perkara tersebut akhirnya mereka membuat keputusan.

Pertama mereka akan buat perangkap samar di hadapan pintu. Sekiranya seseorang yang lebih berat dari berat Ruin pijak, mereka akan terjatuh dan ditikam buluh tajam di bawahnya.

Kedua, tingkap dan bubung juga akan diletakkan perangkap panah. Sekiranya ada yang menyetuh tingkap atau bumbung bilik Umar, anak panah yang diletakkan berdekatan akan dilepaskan.

Ketiga, magic perlindungan akan diletakkan melindungi seluruh bilik, menghalang untuk sesiapa masuk ke dalam bilik. Magic ini juga akan melemahkan penyerang.

Keempat, Ruin akan membuat patung mereka berdua dalam keadaan sedang tidur bagi menggantikan tubuh badan mereka yang sebenar. Yang istimewanya, patung ini akan dibuat agar mempunyai darah di dalamnya. Jadi apabila musuh membunuh mereka ketika tidur, darah akan memercik, membuat dia percaya bahawa Umar telah betul-betul dibunuh. Memberikan peluang untuk Ruin dan Umar melarikan diri sekiranya semua perangkap sebelum ini gagal menghalang pembunuh itu.

Kelima, setelah patung itu dirosakkan, satu bom yang diletakkan di bawah katil akan meletup.

Baca Selanjutnya »



Suasana di Hithlum


Keadaan di dalam Hithlum sangat sibuk.

Umar perlu mencari Hyun Lee, akan tetapi dia tidak tahu ke mana dia harus pergi.

"Tuan pengawal, maafkan saya. Boleh saya bertanyakan sesuatu?" tanya Umar kepada pengawal tadi.

"Silakan"

"Tuan kenal sesiapa yang bernama Hyun Lee?"

"Hyun Lee? oh Hyun Lee adalah Tukang Besi di sini. Awak ikut jalan itu terus, sehingga sampai ke tengah-tengah kota. Ada sebuah kolam dengan air pancut di situ. Dari situ awak boleh tanyakan pada pengawal di sana."

"Terima kasih Tuan."

Baca Selanjutnya »