Umar tiba di Hithlum

"Ruin awak memang genius!"

Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Umar setelah dia mendengar rancangan Ruin. Setelah pulang dari gua suci elf, mereka terus duduk berbincang tentang bagaimana mereka mahu mengelakkan Umar daripada dibunuh oleh lelaki misteri itu.

Setelah dua jam memikirkan perkara tersebut akhirnya mereka membuat keputusan.

Pertama mereka akan buat perangkap samar di hadapan pintu. Sekiranya seseorang yang lebih berat dari berat Ruin pijak, mereka akan terjatuh dan ditikam buluh tajam di bawahnya.

Kedua, tingkap dan bubung juga akan diletakkan perangkap panah. Sekiranya ada yang menyetuh tingkap atau bumbung bilik Umar, anak panah yang diletakkan berdekatan akan dilepaskan.

Ketiga, magic perlindungan akan diletakkan melindungi seluruh bilik, menghalang untuk sesiapa masuk ke dalam bilik. Magic ini juga akan melemahkan penyerang.

Keempat, Ruin akan membuat patung mereka berdua dalam keadaan sedang tidur bagi menggantikan tubuh badan mereka yang sebenar. Yang istimewanya, patung ini akan dibuat agar mempunyai darah di dalamnya. Jadi apabila musuh membunuh mereka ketika tidur, darah akan memercik, membuat dia percaya bahawa Umar telah betul-betul dibunuh. Memberikan peluang untuk Ruin dan Umar melarikan diri sekiranya semua perangkap sebelum ini gagal menghalang pembunuh itu.

Kelima, setelah patung itu dirosakkan, satu bom yang diletakkan di bawah katil akan meletup.



"Tapi, kalau kamu buat macam tu, kamu berdua nak tidur di mana waktu malam nanti?"

Tiba-tiba satu suara menyampuk perbincangan antara mereka berdua.

Umar dan Ruin terkejut, mereka memandang ke sekeliling mereka mencari suara siapakah itu.

Pussssssh

Asap putih keluar dari lantai berdekatan, satu lembaga keluar dari asap itu.

"Druidar!"

"Hahahahaha...." Druidar tertawa melihat reaksi terkejut Umar dan Ruin. Kemudian mukanya kembali serius.

"Ceritakan semua yang awak tahu pada saya." pinta Druidar.

Umar dan Ruin pun terus menceritakan semua yang mereka lihat di dalam gua suci elf.

"Apa yang saya bimbangkan sudah berlaku. Nampaknya Sirdhem sudah tidak lagi selamat untuk awak Umar. Balthazaar tidak akan berputus asa selagi awak masih hidup. Bukan cuma Balthazaar, malah seluruh kaum syaitan akan melancarkan apa sahaja yang mereka ada untuk membunuh awak."

"Saya bimbang Sirdhem akan musnah apabila Balthazaar dan bala tenteranya sampai ke sini."

Druidar terdiam sebentar seperti memikirkan sesuatu.

"Mulai malam ini, awak berdua akan tidur di bilik saya. "

"Sekiranya benar seperti yang awak ceritakan, elf yang awak nampak itu mungkin lebih kuat dari saya sendiri kerana dia telah menerima kuasa dari syaitan Balthazaar. Perangkap seperti itu tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada dirinya."

"Mulai hari ini saya sendiri akan melatih awak agar awak cukup bersedia untuk menghadapi keadaan di luar sana. Pada hari patung palsu awak tu diserang, saya akan menggunakan kuasa magic untuk menghantar awak pergi jauh dari Sirdhem."

"Kita akan teruskan perancangan tadi. Cuma kita hanya akan gunakan patung untuk dibunuh sahaja, tak ada perangkap. Sekiranya kedua-dua patung diserang dan dibunuh, saya akan hantar awak berdua, akan tetapi jika cuma patung Umar yang dibunuh, hanya Umar sahaja yang akan pergi."

"Syaitan Balthazaar perlu diyakinkan bahawa Umar betul-betul mati, barulah Sirdhem akan selamat."

"Selain dari kita bertiga, tak ada orang lain boleh tahu tentang perkara ini. Nasib seluruh penduduk Sirdhem dalam bahaya. Nasib seluruh keluarga awak dalam bahaya Ruin. Awak faham?"

"Baik tuan."

"Umar, tunjukkan status awak kepada saya."

"Lihat status."

Status
Nama:Umar AdamPengalaman:38210 / 81920
Level:13Pekerjaan:tiada
Kaum:ManusiaJantina:Lelaki
Gelaran:tiada
Kebaikan:0Kejahatan:0
-
Nyawa:2287Pulih Nyawa:67
Mana:464Pulih Mana:22
Stamina:1039Pulih Stamina:107
-
Kekuatan:62Kelajuan:39
Daya Pertahanan:67Pengetahuan :22
Kebijaksanaan:22
-
Kuasa Serangan:60.2 ~ 77.2Pertahanan:50.06666667
Ketahanan Magic
Api:20%Air:0%
Angin:0%Tanah:4%
Kilat:0%Ilusi:0%
Cahaya:0%Kegelapan:0%
Pakaian
KepalaTiada
BadanBaju Pelindung Ruindoldaer
TanganSarung Tangan Ruindoldaer, Pedang Cahaya Ruindoldaer
KakiSeluar Pelindung Ruindoldaer, Kasut Ruindoldaer
Lain-lainCincin Rhytonmor
Skil
Badan Pahlawan (pasif)Permulaan (level 8)
Asas Elemen ApiPermulaan (level 2)
Bahasa Sindarin (elf)Permulaan (level 12)
Gerakan KilatPermulaan (level 2)

Druidar : "hmm..."

Druidar : "Awak masih belum mampu berseorangan di luar sana. Saya akan hantar awak ke bandar manusia, Hithlum. Di sana awak cari seorang yang bernama Hyun Lee. Beritahu dia yang Druidar hantar awak. Dia akan bantu awak."

Druidar : "Oh, saya amat berharap yang dia masih lagi berada di Hithlum."

Druidar : "Ruin, awak perlu pergi sekarang dan siapkan dua patung itu secepat mungkin, jangan berehat selagi mana awak belum siapkan kedua-duanya."

Ruin : "Baik."

Druidar : "Umar, ikut saya ke bilik saya. Pelajaran kita bermula sekarang."

Ruin terus beredar. Umar mengikuti Druidar.

"Di mana kiub kaca itu?"

"Di sini."

"Pegang kiub itu dan sebut inventori."

"Inventori"

Satu paparan keluar dari kiub itu.

Sekarang awak ambil buku ini dan sentuh pada paparan itu.

Umar mengambil buku itu dan cuba menyentuh paparan seperti yang disuruh oleh Druidar.

Tiba-tiba buku itu hilang, di dalam paparan Umar tertulis.

Inventori
1Buku Asas-Asas Pertarungan menggunakan Pedang
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Berat1/120kg

"Awak boleh menyimpan barangan ke dalam inventori awak sehingga maksimum berat yang awak boleh bawa."

"Wah, ini sangat berguna. Saya boleh membawa banyak barang tanpa perlu mengangkatnya.

"Sekarang ini awak ambil semua buku-buku di dalam rak di sebelah ini. Sekiranya ada kelapangan, awak perlu baca dan kuasai semua skill di sini."

"Ambil juga peralatan survival di dalam peti di situ."

Umar pun mengikuti arahan Druidar.

Inventori
1Buku : Asas-Asas Pertarungan menggunakan Pedang
2Buku : Asas-Asas Pertarungan menggunakan Perisai
3Buku : Asas-Asas Pertarungan menggunakan Panah
4Buku : Asas-Asas Pertarungan menggunakan Lembing
5Buku : Asas-Asas Magic Elemen Api
6Buku : Asas-Asas Magic Elemen Tanah
7Buku : Asas-Asas Magic Eleman Cahaya
8Buku : Asas-Asas Menjadi Tukang
9Buku : Asas-Asas Membaiki Senjata
10Buku : Asas-Asas Membaiki Pakaian
11Buku : Asas-Asas Survival di Hutan
12Buku : Mengenali Tumbuhan Beracun
13Buku : Siapapun boleh Memasak Jilid 1
14Buku : Asas-Asas Memancing
15Buku : Asas-Asas Menjinakkan Haiwan
16Buku : Asas-Asas Membela Haiwan
17Buku : Siapapun boleh Memburu
18Pisau Elf - Kualiti Biasa
19Busur Panah Elf - Kualiti Biasa
20Anak Panah Elf - Kualiti Biasa x 200 unit
21Kapak Elf - Kualiti Biasa
22Botol Racun - Gred B x 20 unit
23Botol Ubat Nyawa - Gred C x 20 unit
24Botol Ubat Mana - Gred C x 20 unit
25Botol Air (5 liter) x 10 unit
26Baju Elf - Kualiti Biasa
27Seluar Elf - Kualiti Biasa
28Selimut Elf - Kualiti Biasa
29Kasut Elf - Kualiti Biasa
30Kek Elf x50 unit
31
Berat95/620kg

"Ini pula adalah skroll skil."

"Dengan skroll skil, awak boleh belajar skil baru tanpa perlu berlatih. Akan tetapi selepas awak menggunakan sesuatu skrol, skrol itu akan hilang. Disebabkan itulah skrol sangat sukar ditemui dan harganya juga sangat mahal."

"Ambil skrol ini dan baca."

Umar mengambil satu skrol dan terus membaca

"Arda Envinyanta!"


Tahniah!
Anda telah berjaya mempalajari satu skil baru melalui skrol. Skrol ini akan musnah. 

Nama Skil :Tahap Skil :Level :Pengalaman Skil:
Arda EnvinyantaPermulaan11/10
Skill ini boleh menyembuhkan.

Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Kesan :
- Menyembuhkan 50 nyawa : kos 20 mana
- Pengetahuan +3

"Wah semudah itu mempelajari satu skil!"

"Untuk dapat mempelajari skil ini tanpa skrol, Umar perlu habiskan sekurang-kurangnya dua minggu."

"Umar masih ada lembaran kulit itu?"

"Ya, saya selalu bawa ke mana-mana sahaja."

"Bagus, selepas Umar dapat capai level 30 nanti baca semula lembaran tu, semua maklumat ini akan ada dalam lembaran itu."

"Jangan risau, kiub dan lembaran itu akan muncul semula di dalam baju dan di dalam poket Umar sekiranya Umar bergerak lebih dari 10 meter daripada kedua-duanya."

"Saya akan beritahu Akkar yang Umar akan berlatih dengan saya selepas ini. Berlatih di padang sudah tidak lagi selamat dengan adanya pembunuh di kalangan kaum elf sendiri. Kita mahu pembunuh itu menyerang Umar di bilik Umar sahaja. Dia tidak akan berani menyerang bilik saya, itu sudah pasti."

"Yang terakhir untuk malam ini, ambil tiga lagi skrol ini dan baca."

"Mata Hati"

Tahniah!
Anda telah berjaya mempalajari satu skil baru melalui skrol. Skrol ini akan musnah. 

Nama Skil :Tahap Skil :Level :Pengalaman Skil:
Mata HatiPermulaan11/10
Anda boleh melihat level dan jumlah nyawa musuh dalam jarak 5m. Anda boleh mengesan kedudukan musuh dalam jarak 10m.

Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

"Kulit Besi"


Tahniah!
Anda telah berjaya mempalajari satu skil baru melalui skrol. Skrol ini akan musnah. 

Nama Skil :Tahap Skil :Level :Pengalaman Skil:
Kulit BesiPermulaan11/10
Kulit anda akan menjadi keras seperti besi.

Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Kesan:
- Daya Pertahanan +10
- Nyawa +200




"Gwedth Ruine"

Tahniah!
Anda telah berjaya mempalajari satu skil baru melalui skrol. Skrol ini akan musnah. 

Nama Skil :
Tahap Skil :
Level :
Pengalaman Skil:
Gwedth Ruine
Permulaan
1
1/10
Tangan anda akan mengeluarkan bola api.

Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Kesan:
- Daya Serangan 100 : kos 100 mana.


Baru beberapa minit bersama Druidar, Umar sudah mendapat jumlah skil yang lebih banyak berbanding seminggu bersama Akkar.

Tentu banyak duit yang dia habiskan untuk mendapat skol-skrol tersebut. Aku tak tahu bagaimana nak berterima kasih.

Druidar : "Sekiranya awak nak berterima kasih, awak hanya perlu berlatih bersungguh-sungguh dan jadikan diri awak cukup kuat untuk satu hari nanti awak boleh memimpin satu bala tentera untuk mengalahkan kuasa kegelapan."

Druidar : "Itulah sahaja harapan saya."

Druidar : "Pergi tidur di katil saya, saya perlu menyiapkan perancangan menghadapi tentera Balthazaar sekiranya dia menyerang Sirdhem."

Umar : "Baiklah."

Umar : "Erm... tuan... bolehkah saya lihat sekali dan belajar bagaimana menyusun strategi peperangan?. Saya hanya akan duduk dan lihat sahaja. Tuan tak perlu terangkan apa-apa."

Druidar : "Boleh, silakan." Druidar tersenyum.

Druidar tidak lokek berkongsi ilmu, dia berkongsi pada Umar setiap susun atur tentera dan perangkap yang boleh diletakkan untuk menguatkan pertahanan kampung Sirdhem.

------------------------------------------

Umar tidak sabar untuk belajar banyak perkara daripada Druidar. Umar ingatkan yang Druidar akan mengajarkan ilmu magic kepadanya, akan tetapi tidak, mula-mula Druidar mengajar cara mengenal tumbuhan-tumbuhan di dalam hutan, kemudian ilmu mencari makanan di dalam hutan, bagaimana memasak binatang-binatang yang mudah, bagaimana menangkap binatang untuk dimakan, membaiki pakaian, menajamkan semula senjata, memancing, dan pelbagai ilmu survival di dalam hutan. Umar juga mempelajari asas-asas strategi mempertahankan diri dari serangan musuh apabila memerhatikan Druidar menyusun perancangannya.

Pantas masa berlalu, selepas 5 hari, serangan yang ditunggu-tunggu itupun berlaku.

Umar, Ruin dan Druidar melihat peristiwa itu daripada bola kaca magic milik Druidar. Seorang lelaki berpakaian serba hitam, memakai topeng, naik ke atas bumbung bilik Umar, membuat lubang dan masuk ke dalam bilik itu. Dengan pantas dia melompat turun dan terus mengelar leher patung Umar. Darah memercik-mercik. Puas hati, lelaki tadi terus melompat keluar dari bilik itu tanpa memperdulikan patung Ruin yang berada berdekatan.

Umar : "Awak tak mahu tahu ke siapa lelaki tu?" tanya Umar.

Druidar : "Saya sudah tahu siapa dia, saya kenal baik semua penduduk Sirdhem. Buat masa ini lebih baik jika dia tidak syak apa-apa dan berikan laporan yang awak sudah mati kepada Balthazaar. Mengetahui siapa perisik adalah bagus untuk tujuan strategi peperangan, kita boleh menghantar apa sahaja maklumat salah yang kita mahukan kepada musuh."

Druidar : "Sudah sampai masanya untuk saya hantar awak."

Druidar : "Nampaknya Umar akan pergi bersendirian. Awak sudah bersedia?"

Umar berpelukan dengan Ruindoldaer.

Ruindoldaer : "Jaga diri awak baik-baik Umar."

Umar : "Mudah-mudahan kita boleh berjumpa lagi di masa akan datang. Saya akan rindukan awak Ruin."

Druidar : "Saya akan hantar awak ke hutan berdekatan Hithlum. Hithlum adalah kota yang dikuasai oleh manusia. Cari seorang yang bernama Hyun Lee."

"Selamat tinggal Umar, saya berharap kita akan berjumpa lagi."

Satu cahaya yang menyakitkan mata keluar dari kayu magic Druidar. Umar memejamkan matanya. Umar terasa seperti badannya sedang diangkat ke langit dan terbang.

----------------------------------------------

Umar membuka matanya setelah terasa kakinya sampai ke tanah.

Suasana sekelilingnya hutan. Gelap. Sekarang masih malam. Hutan ini sama seperti hutan yang dia selalu masuk dengan Ruindoldaer untuk memburu

Dari jauh dia nampak satu kota yang dikelilingi oleh tembok yang diperbuat daripada batu. Kota itu sangat besar. Temboknya tinggi. Di sekeliling temboknya ada banyak duri. Ada beberapa buah menara yang mencakar langit.

Itulah Hithlum agaknya.

"Aku perlu pergi ke sana."

Sepanjang perjalanan Umar sangat berhati-hati. Dia menggunakan skil Mata Hatinya untuk mengesan sekiranya ada sebarang musuh yang bersembunyi. Dia akan bergerak perlahan-lahan dari satu pokok ke pokok yang lain sambil menggunakan skil itu.

Sekarang ini dia berseorangan, sekiranya diserang dia tak tahu apakah dia boleh menghadapinya. Kalaulah Ruindoldaer ada bersamanya.

Disebbakan pergerakannya yang perlahan, Umar mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke Hithlum. Apabila hari sudah mulai cerah, Umar mengambil wudu menggunakan air yang dia bawa di dalam inventorinya dan melaksanakan solat subuh.

Umar tiba di Hithlum kira-kira dua jam selepas itu. Sampai sahaja ke pintu kota, skil Mata Hati meningkat menjadi level 3. Umar kini boleh mengesan musuh sejauh 18m, satu jarak yang cukup baik, ia memberikan peluang untuk Umar melarikan diri.

Nama Skil :Tahap Skil :Level :Pengalaman Skil:
Mata HatiPermulaan312/40
Anda boleh melihat level dan jumlah nyawa musuh dalam jarak 9m. Anda boleh mengesan kedudukan musuh dalam jarak 18m.

Kos : 5 stamina/min

Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

"Berhenti."

Walaupun cuba kelihatan tegas dan garang, pengawal di pintu itu sebenarnya seorang berwajah manis, berbadan besar, dan memakai baju besi lengkap di seluruh badannya. Dari skil Mata Hatinya dia dapat melihat yang pengawal itu bukan calang-calang orangnya, dia sudah level 80.

"Halfling, nyatakan nama, dari mana dan apa urusan awak di sini."

Halfling adalah panggilan kepada orang kerdil yang wujud di dunia ini. Memandangkan Umar baru berusia 12 tahun, dia di salah anggap sebagai halfling.

"Bagus juga kalau aku mebiarkan orang menganggap aku ini halfling, mereka akan melayan aku seperti orang dewasa, bukan kanak-kanak. Musuh juga lebih sukar untuk mengesan di mana aku berada kerana mereka akan mencari seorang manusia." bisik Umar di dalam hati.

Umar membiarkan sahaja salah anggap tersebut.

"Nama Umar, saya datang dari Sirdhem, saya ingin berlindung dan mencari pekerjaan di Hithlum.

Pengawal tadi mencatat semua butiran yang diberikan Umar.

"Awak boleh masuk. Ingat, semua orang yang masuk ke Hithlum perlu mematuhi undang-undang Hithlum atau akan dikenakan hukuman."

Umar lega.

"Kalau di Malaysia, seseorang perlu lengkapkan banyak kertas kerja untuk memasuki sesuatu negara. Nasib baiklah tak perlu buat begitu di sini."

Umar melangkah masuk ke dalam Bandar Hithlum.

"Wah!"

--------------------------------------------

~bersambung di bab 7



Leave a Reply