| Kritikal! nyawa anda 32/1740 |
![]() |
| Gua Suci Elf |
Umar semakin seronok berada di Sirdhem. Ruindoldaer sudah dianggapnya sebagai sahabatnya hidup dan mati. Setelah mereka mengharungi pengalaman hampir mati dibunuh oleh Harimau Bayang, hubungan antara mereka berdua menjadi lebih rapat lagi.
Selain dari Ruin, Umar juga suka dengan budak lelaki yang baru dia kenali, Nestor.
Semakin lama Umar semakin rapat dengan Nestor. Nestor tak banyak bercakap, sepatah ditanya sepatah jugalah dia menjawab. Dia ditugaskan mengekori Umar sepanjang hari dan menyembuhkan Umar setiap kali Umar tercedera. Nestor mengingatkan Umar kepada adiknya di rumah.
Satu yang paling Umar suka mengenai Nestor adalah dia mudah malu. Comel!
"Hai"
"Hai"
"Nama awal Nestor kan?"
"Ya."
"Terima kasih kerana membantu saya sepanjang hari."
"... (menundukkan muka, malu)"
"Awak duduk di mana?"
"Situ"
"Saya suka berkawan dengan awak."
"... (menundukkan muka, malu)"
"Nak datang bilik saya malam ini?"
"... (senyum)"
Walaupun masih kanak-kanak, Nestor adalah seorang yang sangat mahir dalam magic mengubat.
-----------------------------------------------
Hari kedua dimulai dengan tumbukan dari Akkar juga. Cuma kali ini, Umar dapat terus bangun selepas ditumbuk. Ianya mengejutkan Akkar.
"... macam mana?"
Umar tersenyum sendiri melihatkan wajah Akkar yang terkejut.
Malangnya Akkar memanggil Umar sekali lagi untuk ditumbuk. Kali ini lebih kuat.
Mulut Umar keluar darah, dia kemudian tidak sedarkan diri. Nyawanya berada dalam bahaya lebih teruk daripada ketika dia berhadapan dengan Harimau Bayang!. Betul kata Akkar sebelum ini, Akkar memang mampu membunuh orang cuma dengan satu jentikan.
"arda envinyanta!"
Umar tersedar kembali selepas disembuhkan oleh Nestor. Umar hampir-hampir mati selepas dipukul Akkar. Dia melihat wajah Nestor yang pucat ketakutan, Nestor benar-benar bimbang jika Umar sudah mati.
Satu paparan yang hanya dapat dilihat oleh dirinya sahaja muncul di hadapan Umar. Skill Badan Pahlawannya naik ke level 4.
| Skil naik level! Skil Badan Pahlawan (pasif) anda kini pada level 4. |
Perlahan-lahan kesakitan itu mulai hilang. Umar berasa sangat marah akan tetapi tak mampu berbuat apa-apa. Disebabkan terlalu teruk cedera yang dia hadapi, ia mengambil masa yang agak lama untuk menyembuhkan Umar. Sewaktu dirawat Umar hanya mampu menggenggam tangannya, mengetap bibir dan merenung tajam ke arah Akkar.
Akkar buat tidak peduli sahaja.
"Oh masih tak cukup kuat lagi rupanya. Ingatkan dah jadi hebat sangat..." kata Akkar dengan nada mengejek.
Setelah Umar betul-betul sembuh, Akkar mendekati dia semula dan menumbuknya sekali lagi.
"Kalau kau nak tahu, tak ada siapa boleh pandang aku macam tu! Kau ni perlu diajar baru kau sedar diri sikit."
Buk.
| Kritikal! nyawa anda 74/1780 |
| Skil naik level! Skil Badan Pahlawan (pasif) anda kini pada level 5. |
Walaupun ianya sebahagian dari proses menguatkan badan Umar, akan tetapi ianya tetap sangat menyakitkan. Apabila ianya dibuat oleh orang yang dia sangat benci, ditambah pula ejekan-ejekan yang keluar dari mulut Akkar, Umar menjadi sangat marah.
"arda envinyanta!"
Nestor mengubat Umar kembali. Sementara menunggu Umar betul-betul sembuh,
"Berani pandang aku macam tu, kau tu cuma manusia yang menumpang di sini je. Aku nak latih ni pun dah bagus sangat dah."
"Ethilhar, bawa baju besi gergasi ke mari!" Akkar mengarahkan Ethilhar yang sedang berlatih tak jauh dari situ.
Memang patut baju itu dipanggil seperti itu. Ianya kelihatan sangat besar dan berat!.
"Pakai baju ini dan buat macam semalam!, jangan berhenti sampai aku cakap boleh berhenti, faham!!"
Akkar terus beredar selepas arahan terakhirnya itu disampai.
Umar langsung tak boleh bangun ketika memakai seluruh baju besi itu. Jadi dia buka semula semua baju besi itu kecuali satu bahagian iaitu bahagian dada.
Barulah dia boleh bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah batu yang dipikulnya sepanjang hari semalam.
Seperti semalam, setiap kali Umar terlalu penat, terjatuh atau tercedera Nestor akan mengubati Umar kembali. Selepas diubati, Umar akan bangun semula dan teruskan perjalanan.
Umar menghabiskan sepanjang hari dengan latihan itu.
Pada malam hari, Umar akan keluar memburu anjing bayang di hutan bersama Ruin.
Seminggu berlalu di kampung Sirdhem.
Semakin hari Umar pun menjadi semakin kuat.
------------------------------------------------
Kampung Sirdhem adalah kampung yang sentiasa hidup.
Dengan kanak-kanak yang selalu berlari ke sana ke mari, suasana sekeliling tidak pernah diam. Separuh dari penduduk Sirdhem adalah remaja dan kanak-kanak. Perang yang berlaku tidak lama dahulu telah mengorbankan banyak elf dewasa.
Terdapat 4 keluarga besar di Sirdhem. Keluarga Akkar, Keluarga Edryn, Keluarga Druidar dan keluarga Elthar. Keempat-empat ketua keluarga tersebut adalah Eldar di Sirdhem. Semua keputusan-keputusan besar dibuat oleh mereka berempat.
Keluarga Akkar biasanya akan menjadi pahlawan. Keluarga Elthar pula adalah keluarga tukang. Keluarga Druidar dan Edryn bercampur-campur.
Kebanyakan penduduk Sirdhem adalah petani. Setiap keluarga akan bercucuk tanam. Sumber makanan di sini adalah dari ladang tanaman mereka.
Keistimewaan utama kampung Sirdhem berbanding kampung-kampung elf yang lain adalah kerana dua orang, Druidar dan Dhoelath, ayah Ruindoldaer.
Druidar adalah antara elf yang paling lama hidup dan paling luas pengetahuannya, manakala Dhoelath adalah antara elf yang paling hebat dalam bertukang. Barang-barang buatan Dhoelath akan mencapai harga yang sangat tinggi di pasaran. Sekarang ini Dhoelath tidak lagi tinggal di Sirdhem kerana dia telah dipanggil oleh Raja elf untuk berkhidmat di Gondolin, ibu negara kaum elf.
Setelah seminggu tinggal di sini, Umar sudah pun boleh memahami dan bercakap dalam bahasa Sindarin. Walaupun begitu dia terus menyimpan kiub penterjemah itu di dalam sarung tangannya, kalau-kalau ada sebarang perkataan baru yang belum pernah dia pelajari.
------------------------------------------------------
"Lihat Status"
| Status | |||
| Nama: | Umar Adam | Pengalaman: | 32,000 |
| Level: | 13 | Pekerjaan: | tiada |
| Kaum: | Manusia | Jantina: | Lelaki |
| Gelaran: | tiada | ||
| Kebaikan: | 0 | Kejahatan: | 0 |
| - | |||
| Nyawa: | 2287 | Pulih Nyawa: | 67 |
| Mana: | 204 | Pulih Mana: | 17 |
| Stamina: | 1039 | Pulih Stamina: | 107 |
| - | |||
| Kekuatan: | 62 | Kelajuan: | 33 |
| Daya Pertahanan: | 67 | Pengetahuan : | 17 |
| Kebijaksanaan: | 17 | ||
| - | |||
| Kuasa Serangan: | 28.4 | Pertahanan: | 49.46666667 |
| Ketahanan Magic | |||
| Api: | 20% | Air: | 0% |
| Angin: | 0% | Tanah: | 4% |
| Kilat: | 0% | Ilusi: | 0% |
| Cahaya: | 0% | Kegelapan: | 0% |
| Pakaian | |||
| Kepala | Tiada | ||
| Badan | Baju Pelindung Ruindoldaer | ||
| Tangan | Sarung Tangan Ruindoldaer, Pedang Cahaya Ruindoldaer | ||
| Kaki | Seluar Pelindung Ruindoldaer, Kasut Ruindoldaer | ||
| Lain-lain | Cincin Rhytonmor | ||
| Skil | |||
| Badan Pahlawan (pasif) | Permulaan (level 8) | ||
| Asas Elemen Api | Permulaan (level 2) | ||
| Bahasa Sindarin (elf) | Permulaan (level 12) | ||
Kini Umar sudah mencapai level 13, skil badan pahlawan dan bahasa sindarinnya juga telah naik. Dengan semua peralatan yang Ruindoldaer berikan, Umar sudah mencapai satu tahap yang agak memuaskan.
Beberapa kali Umar dan Ruin terserempak dengan Harimau Bayang, akan tetapi selepas pengalaman pertama itu, Harimau Bayang tidak lagi memberikan masalah terhadap mereka berdua.
------------------------------------------------
Pada minggu kedua suatu perkara baru berlaku. Akkar membuat keputusan untuk mengubah bentuk latihan Umar.
Umar dibawa ke sebuah tempat dimana Umar dapat melihat ramai orang sedang berlatih memanah.
"Semua orang berhenti!" Akkar memberi arahan.
"Hari ini kita akan berlatih memanah benda bergerak." sambung Akkar lagi.
"Perkenalkan sasaran kita hari ini." sambil menunjuk ke arah Umar.
Latihan itu mudah sahaja, semua 7 orang pahlawan elf di sini akan memanah ke arah Umar dan Umar perlu mengelak. Kepala dan badan Umar akan dilindungi oleh perisai, akan tetapi semua anggota lain terdedah. Nestor diarahkan agar menyembuhkan Umar sebaik sahaja anak panah kena pada badannya.
Setiap kali anak panah terkena pada anggota badan Umar, orang itu akan dapat markah. 3 orang yang paling sedikit markahnya akan dihukum oleh Akkar. Umar tidak tahu apakah hukuman itu, akan tetapi nampaknya semua orang takut terhadap hukuman itu.
Pada mulanya Umar akan duduk pada jarak yang agak jauh, sekiranya Umar dapat bertahan selama 5 minit, dia akan dibawa 10 tapak lebih dekat. Latihan ini akan tamat setelah Umar dapat menyentuh mana-mana satu pemanah.
"Latihan ini bertujuan melatih kamu mengelak daripada serangan anak panah dan pada masa yang sama melatih daya ketahanan badan kamu melalui kesakitan." terang Akkar.
"Selepas latihan minggu lepas, badan kamu sudah bertambah kuat. Akan tetapi masalah sekarang ini adalah pergerakan kamu yang terlalu lambat. Kuat macam mana pun seseorang itu sekiranya dia tak pandai mengelak, dia pasti akan dapat dibunuh dengan mudah."
Sebenarnya latihan berbahaya ini mungkin sangat berguna, akan tetapi ianya pasti sangat menyakitkan. Cara Akkar menerangkan dan senyuman sinisnya seolah-olah Akkar gembira dengan kesengsaraan yang akan dia hadapi. Umar semakin benci pada Akkar.
Sebaik sahaja latihan itu bermula, Umar dihujani oleh anak panah demi anak panah. Nasib baiklah jaraknya dengan pemanah-pemanah itu agak jauh dan pelatih-pelatih itu adalah remaja yang masih belum betul-betul mahir. Selain itu, ada beberapa orang yang teragak-agak untu betul-betul memanah pada Umar.
Umar berlari ke kiri dan kanan mengelak daripada panah yang datang.
Umar hanya dapat bertahan 10 saat sebelum panahan pertama terkena pada kakinya.
"Aduh..." Umar terjatuh.
Panahan berhenti. Nestor datang mendekati Umar, mencabut anak panah dan mengubati Umar.
2 minit selepas itu latihan bermula kembali.
Umar bangun kembali dan terus berlatih. Dia mahu buktikan pada Akkar yang dia bukan budak kecil yang tidak berguna seperti yang Akkar fikirkan. Dia akan terus berlatih dan menjadi lebih hebat dari apa yang Akkar bayangkan.
Umar bergerak dan terus bergerak untuk mengelakkan dari serangan panah.
Setelah berlalu beberapa jam, hasil yang Umar harapkan muncul juga. Skil baru!.
Ding*
| Tahniah! Setelah berlatih dalam keadaan yang begitu bahaya mengelak anah panah, anda telah mendapat skill baru |
| Nama Skil : | Tahap Skil : | Level : | Pengalaman Skil: |
| Gerakan Kilat | Permulaan | 1 | 1/10 |
| Skill
ini hanya dapat diperolehi oleh orang yang berlatih dalam keadaan yang membahayakan nyawanya mengelak daripada serangan yang datang bertalu-talu. Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Kesan :
| |||
Jumlah mana yang Umar ada sekarang ini adalah 204. Jadi umar boleh menggunakan skil ini sebanyak 10 kali sebelum jumlah mananya tinggal 4 unit. Bermakna Umar boleh bergerak dengan kelajuan ini selama 100 saat sebelum mananya habis.
Disebabkan manna Umar akan pulih pada kadar 17 unit seminit, dia perlu menunggu selama 1 ke 2 minit supaya mananya cukup untuk dia mula gunakan kembali gerakan kilat itu. Buat masa ini gerakan itu belum banyak membantu lagi. Sekurang-kurangnya dengan adanya skil ini Umar sudah boleh mengelak semua anak panah yang datang dalam 1 minit 40 saat yang pertama.
Ianya satu kemajuan. Setakat ini paling lama Umar dapat bertahan selama 10-15 saat sebelum terkena anak panah. Kali ini dia boleh meningkatkannya kepada hampir 2 minit.
"Akhirnya ada skil yang menggunakan mana. Sekarang aku sudah ada sebab untuk meningkatkan jumlah mana yang aku ada." bisik Umar dalam hati.
"Gerakan Kilat!" Umar terus mengaktifkan skil yang bari diperolehinya. Semua benda tiba-tiba jadi lebih perlahan, Umar dapat mengelak semua anak panah dengan mudah.
Walaupun dengan skill barunya itu, umar masih lagi hanya dapat bertahan 1-3 minit sahaja sebelum salah satu panah itu mula mengenainya.
Umar terus berlatih mengelak anak panah sehingga lewat petang. Tamat latihan, Umar dapat menaikkan skil itu ke level 2.
| Nama Skil : | Tahap Skil : | Level : | Pengalaman Skil: |
| Gerakan Kilat | Permulaan | 2 | 1/25 |
| Skill
ini hanya dapat diperolehi oleh orang yang berlatih dalam keadaan yang
membahayakan nyawanya mengelak daripada serangan yang datang
bertalu-talu. Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Kesan :
| |||
Nampaknya semakin tinggi level skill itu, semakin lama Umar boleh bergerak laju.
-------------------------------------------------
Malam itu Ruin datang ke bilik Umar seperti biasa.
"Gila! orang tua tu memang dah gila! kita perlu laporkan perkara ini kepada Druidar!" kata Ruindoldaer marah.
Baju Umar yang koyak di sana-sini dibaiki semula oleh Ruindoldaer. Memperbaiki pakaian dan senjata Umar sudah menjadi rutin Ruin setiap hari. Umar turut membantu, selepas melihat cara Ruindoldaer membaiki pakaiannya, dia terus minta diajarkan bagaimana melakukannya sendiri.
"Malam ini nak pergi mengembara ke tempat baru tak? hehe..." tanya Ruindoldaer.
"Jom!"
"Kali ini kita pergi ke tempat lain yang lebih menarik. Awak nak tengok Gua Suci elf?"
Umar pernah dengar tentang gua itu. Gua itulah tempat di mana bahan yang digunakan untuk membuat pedang cahaya miliknya dijumpai. Mana tahu kalau-kalau mereka dapat jumpa bahan-bahan berharga seperti itu lagi.
"Dengar kata air suci di dalam gua itu dapat meningkatkan kuasa mana dalam badan manusia. Sekiranya awak dapat minum air itu tentu awak dapat gunakan gerakan kilat lebih lama lagi. Saya pernah minum, tapi sebab saya ni elf kuasa mana saya hanya meningkat sedikit sahaja.
Kita perlu tingkatkan jumlah mana yang awak ada sekarang bagi memudahkan awak menggunakan gerakan kilat lebih kerap agar awak dapat melalui latihan neraka yang diberikan oleh Akkar.
Tak sabar nak lihat reaksi Akkar apabila dia lihat awak dapat mengelak semua anak panah itu dengan mudah."
Umar pernah lihat status Ruin, dia tahu yang Ruin mempunyai lebih 500 mana. Sekiranya Umar mempunyai mana sebanyak itu dia boleh gunakan gerakan kilat tanpa berhenti!. Tak akan ada sebarang serangan yang boleh menyentuh tubuhnya.
Mereka bergerak keluar dari kampung Sirdhem melalui jalan yang mereka lalui semalam.
Ruindoldaer membawa Umar merentasi kawasan yang mempunyai anjing bayang semalam, kali ini Ruin menggunakan panah. Setiap kali ada anjing bayang muncul, Ruin terus memanahnya. Semua anjing bayang mati serta merta. Barulah Umar sedar bertapa kuatnya Ruin.
Anjing bayang cuma makhluk level 10, jika dibandingkan dengan Ruin yang mempunyai level 32 tentulah mereka tidak mendatangkan apa-apa kesukaran.
Setelah berjalan kira-kira 30 minit mereka pun sampai ke muka pintu gua suci elf.
Pemandangan di sini begitu cantik sekali.
Gua suci Elf ini merupakan sebuah gua yang sederhana besarnya. Di dinding gua itu terdapat banyak kristal-kristal berwarna biru.
Ruin : "Kristal-kristal di sini mempunyai kuasa tersendiri." kata Ruin.
Ruin : "Biasanya kami akan gunakan kristal ini untuk memberikan sumber tenaga pada peralatan itu. Contohnya kayu magic yang saya biasa gunakan. Sumber kuasanya datang dari kristal ini. Mengikut sejarah, sewaktu perang nogoth yang berlaku antara kaum elf dan dwarf, kaum perempuan dan kanak-kanak berlindung di dalam gua ini untuk satu jangkamasa yang agak lama."
"Pada waktu itulah satu upacara dijalankan untuk membentuk kuasa perlindungan bagi menghalang sesiapa sahaja dari masuk ke dalam gua ini. Gua ini juga menjadi tepat para tentera kami berundur apabila diserang dengan begitu teruk."
"Ditengah-tengah gua ini ada satu kolam sakti. Airnya dapat menyembuhkan dan memulihkan mana yang hilang. Ubat mana dibuat daripada air ini yang diproses. Disebabkan kuasa dari kolam inilah gua suci elf tidak pernah ditembusi kuasa kegelapan."
Ruin : "Gua suci ini sepatutnya tak boleh dimasuki oleh sesiapa pun. Ada satu magic yang menghalang sesiapa dari masuk. Hanya orang yang sama kuat seperti Druidar sahaja yang mempunyai kuasa yang cukup kuat untuk menembusi pertahanan itu. Tapi disebabkan saya ni genius, saya berjaya menjumpai satu cara yang boleh mengurangkan kuasa magic itu."
Ruin : "Awak meang bernasib baik sebab ada saya... Apa lagi, pujilah saya.... hahahahah....."
Umar : "hahahaha..."
Ruin akan bercerita tentang apa sahaja yang boleh dia fikirkan. Semua benda mahu diceritakan pada Umar. Umar hanya mendengar sahaja.
"Sebenarnya rahsia dia adalah, kita kena merangkak. Bila kita merangkak, kuasa pelindung itu akan jadi lemah. Kita perlu merangkak sampai kita melepasi perlindungan ini."
"Ok."
Mereka berdua pun merangkak melepasi lapisan perlindungan.
Gua itu agak panjang. Mereka berdua berjalan sehinggalah ke tengah-tengah gua itu.
"Syyy... ada orang, cepat menyorok!" Tiba-tiba Ruin menundukkan diri dan menyorok di sebalik satu batu.
Umar ikut menyorok.
Ada satu suara kedengaran, Umar cuba dengar baik-baik.
Suara pertama : ".... aku mahu kamu selesaikan tugasan ini dengan segera. Kalau gagal maut balasannya."
Suara kedua : "........." suara kedua tidak berapa jelas, Umar tak berapa dengar.
Suara pertama "Baik, aku bagi kau ada dua minggu. Lebih dari itu nahas!. Kau perlu bunuh manusia itu."
Suara pertama "Sudah, pergi dari sini!"
Umar cuba mengintai. Di tengah-tengah gua itu ada seorang sedang bercakap dengan satu bola cahaya yang terapung di udara. Umar tak dapat lihat wajahnya kerana dia sedang membelakangi mereka berdua. Selepas mereka habis bercakap bola cahaya itu pun hilang.
Di dahadapan lembaga itu ada satu kolam yang airnya bercahaya biru. Kolam itu sangat cantik.
Dari belakang, lembaga itu kelihatan agak tinggi dan berbadan sasa. Dia berpakaian serba hijau, seperti pakaian pahlawan di kampung elf. Kepalanya ditutupi dengan topeng. Dia mempunyai satu busur panah di belakangnya.
Apabila lembaga itu berpaling ke belakang, Umar dapat cam yang dia seorang lelaki.
Selepas itu lelaki itu pun berpaling dan keluar dari gua itu. Nasib baik dia tidak perasan yang Umar dan Ruin ada di sebalik batu. Setelah lelaki itu pergi pun Mereka berdua masih tidak bercakap-cakap atau bergerak, takut kalau-kalau lelaki itu masih boleh dengar.
Ruin : "Balthazaar... itu adalah syaitan Balthazaar, salah satu ketua syaitan yang sangat berkuasa. Kenapa di mahu bunuh awak Umar?"
Umar tercengang, dia tak tahu nak jawab apa. Ada seorang pahlawan elf yang sudah ditugaskan untuk membunuh Umar! dan serangan itu akan berlaku dalam masa dua minggu.
Ruin : "Balthazaar terkenal dengan kejahatannya. Akan tetapi dia tak pernah terlibat dengan dunia elf. Nampaknya perkara itu tidak benar. Balthazaar sudah ada pengikutnya di dalam Sirdhem."
Ruin : "Mereka bercakap menggunakan kuasa magic. Nampaknya Balthazaar ada di suatu tempat yang jauh sehingga lelaki itu perlu datang ke gua suci ini bagi bercakap dengannya. Kuasa magic biasa tak dapat bercakap dengan orang yang terlalu jauh."
Ruin : "Kuasa saya hanya boleh bercakap dengan orang yang berada di sebelah bilik sahaja."
Ruin : "Lelaki itu pun bukan calang-calang orangnya kerana dia boleh melepasi perlindungan itu. Setahu saya hanya orang yang sama atau lebih kuat dari Druidar sahaja yang boleh melepasi perlindungan itu tanpa merangkak."
Umar : "Kita perlu laporkan perkara ini kepada Druidar!"
Ruin : "Tapi, kita tak boleh ada di sini. Macam mana nak bagitahu pada Druidar?"
Umar : "Kalau Druidar tahu, macam mana kalau dia bagitahu pada Akkar? atau mana awak tahu yang itu bukan Druidar?"
Ruin : "Itu bukan Druidar, saya kenal bentuk badan Druidar."
Umar : "Jadi apa yang boleh kita buat?"
Ruin : "Kita tak boleh cakap pada sesiapa, kalau kita bagitahu pada orang dewasa kita akan dihukum sebab datang ke sini. Kita juga tak tahu siapakah lelaki itu, kalau dia dapat tahu mengenai perkara ini kita dalam bahaya. Kita kena uruskan sendiri. Kita kena bersedia untuk menghadapi serangan itu. Dia masih tak tahu yang kita sudah tahu rancangannya."
Ruin : "Saya akan jaga awak setiap malam, saya juga akan gunakan segala perangkap yang saya ada untuk kita tangkap pengkhianat itu."
Ruin : "Sekarang ini kita perlu naikkan mana awak supaya awak boleh larikan diri menggunakan skil gerakan kilat bila awak perlukannya."
Ruindoldaer berjalan menuju ke tengah gua, di tempat lelaki tadi berdiri bercakap dengan Balthazaar. Dia menceduk air itu menggunakan bekas minuman yang dia bawa dan berikannya kepada Umar.
"Minum air suci ini."
Ding*
| Tahniah! Anda telah minum air suci dari gua elf buat kali pertama. Kuasa magic anda telah bertambah. Kesan ini hanya terhad pada kali pertama sahaja. Kesan : Mana + 200 Pengetahuan +5 Kebijaksanaan +5 |
"Yess! berjaya tambah mana!"
Umar menjerit.
Ruin hanya tersenyum melihat gelagat kawannya itu.
----------------------------------------
- bersambung di bab 6
