| Tahniah! Setelah bersusah payah melakukan kerja-kerja berat, anda telah mendapat skill baru |
![]() |
| Pedang Cahaya Ruindoldaer |
Akkar besar orangnya. Berbadan sasa. Mukanya bengis.
"Ini Umar" kata Ethilher dalam bahasa sindarin. Umar sudah siap-siap menggenggam kiub kaca penterjemah sejak dari pagi tadi bagi memudahkan dia memahami bahasa elf di sini.
"Hmph, datang sini, biar aku tengok betul-betul." Akkar memanggil Umar
Umar berjalan menghampiri Akkar.
"Buk!", tanpa dia duga, Akkar menumbuk dada Umar.
Umar terpelanting sejauh satu meter ke belakang. Umar jatuh terlentang. Dadanya sangat sakit.
"Lemah..." kata Akkar. "Langsung tak ada bakat. Sampah!"
"Bangun!, datang sini semula."
Umar tak mampu berdiri, seluruh badannya kesakitan. Keluar darah dari mulutnya. Air matanya mengalir kerana sakit. Akan tetapi dia menahan diri daripada menangis kerana tidak mahu dipandang rendah.
"Ethilher..." Akkar memberikan isyarat.
"arda envinyanta" Ethilher membaca perkataan magic untuk menyembuhkan Umar.
Kesakitan yang dirasainya berkurangan.
"Lemah betul.... kau nampak batu di tepi tu? angkat batu tu dan lari sekeliling padang ini sampai aku bagitahu boleh berhenti."
"Buang masa aku sahaja..."
Akkar bergerak pergi.
Umar mengikut sahaja arahan Akkar, setelah merasai tumbukan tadi dia tidak berani melawan. Mungkin itulah latihan yang terbaik buat diriku, bisik Umar. Daripada tumbukan tadi sahaja daya pertahanannya sudah meningkat, mungkin dengan mengangkat batu ini aku dapat meningkatkan kekuatan aku.
"Urgh, beratnya...."
Umar mengangkat batu itu setinggi padaras pinggang dan mula berjalan. Umar kelihatan terhuyung hayang.
Ethilher hanya memandang dari tepi. Setiap kali Umar terjatuh atau tercedera, Ethilher akan memberikan rawatan kepadanya.
"Aku perlu lakukan ini untuk menjadi lebih kuat. Teruskan usaha Umar." bisik Umar di dalam hati.
Setelah kira-kira satu jam latihan tersebut dijalankan,
Ding*
| Nama Skil : | Tahap Skil : | Level : | Pengalaman Skil: |
| Badan Pahlawan (pasif) | Permulaan | 1 | 1/10 |
| Skill ini hanya dapat diperolehi melalui latihan berat yang menyakitkan. Setelah berkali-kali melalui proses cedera dan sembuh, badan anda telah menjadi lebih kuat dan tahan terhadap serangan. Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Kesan :
| |||
"Ya, aku memang perlukan latihan ini."
---------------------------------------------------------------------------------
Ethilher hanya membantu sekejap sahaja. Mungkin dia ada tugasan yang lebih besar berbanding cuma menyembuhkan seorang budak seperti dirinya.
Setelah itu dia digantikan dengan seorang budak kecil bernama Nestor.
Nestor mempunyai muka yang comel, kurus, berkulit cerah dan memakai pakaian serba putih. Nestor juga mempunyai sebatang kayu magic yang dia gunakan untuk membantu dirinya melakukan magic menyembuhkan Umar. Kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun.
Nestor kelihatan seperti adik Umar yang bongsu, Izzuddin.
Namun magic penyembuhan Nestor jauh lebih baik berbanding Ethilher. Sekiranya disembuhkan oleh Nestor, kesakitan Umar hilang sepenuhnya. Umar juga akan jadi lebih bertenaga dan segar setiap kali Nestor mengenakan magic padanya.
Umar dapat lihat kesan dari magic Nestor melalui paparan di hadapannya setiap kali dia disembuhkan.
| Arda envinyanta! Kesan Tempoh Masa : 30 minit. Nyawa + 200 Kekuatan +20% Kelajuan +20% Ketahanan badan +20% |
"Terima kasih Nestor." ucap umar setiap kali dia disembuhkan.
Umar berlatih mengangkat batu sehingga petang. Dia tidak dibenarkan rehat langsung selain dari untuk minum, makan dan solat.
Sehingga petang, Umar telah berjaya naik level 3. Dia menambah status Daya Pertahanannya menjadi 8 unit.
Skil Badan Pahlawan pun naik ke level 3.
Mujurlah ada Nestor yang comel menemani latihannya sepanjang hari ini, sekurang-kurangnya dia tidaklah terlalu bosan.
Sebelum pulang Akkar datang sekali lagi melihat Umar. Dia menumbuk Umar sekali lagi sebelum memberikan komen, "Bagus, ada peningkatan, teruskan latihan ini setiap hari sehingga aku kata boleh berhenti. Datang sini semula pagi-pagi esok pada waktu yang sama. Dah, pergi balik."
Di dalam perjalanan pulang dia cuba beramah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya disepanjang jalan.
"hai..." Umar mengangkat tangan sambil tersenyum setiap kali melalui sesiapa sahaja.
Ramai juga elf yang membalas semula senyuman sambil melambai kembali.
"Kaum elf adalah kaum yang baik hati.... kecuali Akkar..." fikir Umar.
Malam itu Ruin datang ke biliknya seperti semalam.
Kali ini dia membawa hadiah untuk Umar.
Dia membawa sehelai sarung tangan, sehelai baju, seluar, kasut dan beberapa buah buku.
"Saya terdengar cerita tentang latihan yang awak lalui... Dahsyatnya latihan awak! saya tak pernah dengar sesiapa yang dilatih macam tu. Kejam... kejam... Samada dia buat semua itu pada awak sebab dia benci awak atau awak seorang yang sedang dalam bahaya besar dan dia memang terdesak untuk jadikan awak kuat dalam masa yang terdekat."
"Saya dah buat keputusan, saya akan bantu awak. Ini saya bawakan beberapa hadiah untuk memudahkan latihan awak. Barang-barang ini adalah hasil kerja saya yang terbaik. Biasanya saya gunakan ketika perlu keluar dari kampung, tapi ni saya hadiahkan buat awak"
"Lihat maklumat"
| Sarung tangan Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Sarung tangan ini adalah salah satu daripada rekaannya yang terbaik. Kualiti : Jarang ditemui Daya Ketahanan : 30/30 Kesan : -Kekuatan +5 -Daya Pertahanan +5 -Kuasa Serangan +5 ~ +9 Harga : 3 duit emas |
| Baju Pelindung Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Baju pelindung ini adalah salah satu daripada rekaannya yang terbaik. Kualiti : Jarang ditemui Daya Ketahanan : 50/50 Kesan : -Kekuatan +8 -Daya Pertahanan +8 -Ketahanan Magic Tanah +2% Harga : 5 duit emas |
| Seluar Pelindung Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Seluar pelindung ini adalah salah satu daripada rekaannya yang terbaik. Kualiti : Jarang ditemui Daya Ketahanan : 50/50 Kesan : -Kekuatan +6 -Daya Pertahanan +6 -Ketahanan Magic Tanah +2% Harga : 5 duit emas |
| Kasut Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Kasut ini adalah salah satu daripada rekaannya yang terbaik. Kualiti : Jarang ditemui Daya Ketahanan : 30/30 Kesan : -Kelajuan +5 -Daya Pertahanan +5 - Stamina +20 Harga : 4 duit emas |
Dua buah buku yang dibawa oleh Ruin adalah "Asas Ketahanan Badan" dan "Asas Pertolongan Cemas".
"Wah, semua ini sangat berharga, tak apa ke awak bagi pada saya?"
"Tak apa, saya boleh buat semula semua ini. Malah kalau saya buat semula skil saya akan bertambah baik. Saya ada banyak peralatan seperti ini di rumah, tapi ini adalah hasil terbaik yang pernah saya buat.
Mungkin dua tiga bulan lagi selepas skill saya bertambah mungkin saya boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik lagi."
"Terima kasih Ruin."
Umar tidak mahu mencuba lagi pakaian barunya, badannya masih busuk dari peluh dan darah kesan latihannya siang tadi. Dia mahu mandi terlebih dahulu.
"Erm, Ruin, di mana saya boleh mandi?"
"Oh, biasanya kami mandi di sungai. Tapi awak boleh juga mandi menggunakan air dari bekas air di dalam bilik awak. Sungai agak jauh dan hari sudah malam. Lepas awak mandi nanti saya akan ajarkan awak beberapa perkara yang boleh membantu latihan awak."
"Erm, macam mana saya nak mandi kalau awak ada di sini?"
"Oh, ok, saya keluar dulu. Awak dah habis mandi nanti panggil saya ye?"
"Ok".
Selepas Umar membersihkan diri, dia mencuba pakaian baru yang diberikan oleh Ruindoldaer.
"Lihat status."
| Status | |||
| Nama: | Umar Adam | Pengalaman: | 21/40 |
| Level: | 3 | Pekerjaan: | tiada |
| Kaum: | Manusia | Jantina: | Lelaki |
| Gelaran: | tiada | ||
| Kebaikan: | 0 | Kejahatan: | 0 |
| - | |||
| Nyawa: | 1000 / 1000 | Pulih Nyawa: | 39/min |
| Mana: | 72 / 72 | Pulih Mana: | 6/min |
| Stamina: | 624 / 624 | Pulih Stamina: | 62.4/min |
| - | |||
| Kekuatan: | 39 | Kelajuan: | 14 |
| Daya Pertahanan: | 39 | Pengetahuan : | 6 |
| Kebijaksanaan: | 6 | ||
| - | |||
| Kuasa Serangan: | 15.9 | Pertahanan: | 28.7 |
| Ketahanan Magic | |||
| Api: | 20% | Air: | 0% |
| Angin: | 0% | Tanah: | 4% |
| Kilat: | 0% | Ilusi: | 0% |
| Cahaya: | 0% | Kegelapan: | 0% |
Wah, pakaian ini memang banyak membantu. Harapnya esok tumbukan Akkar tidak akan menyakitkan sangat lagi.
"Jom ikut saya." Selepas selesai makan malam bersama-sama, Ruin mengajak Umar keluar.
"Kita akan ke mana?"
"Ikut saja lah, nanti awak akan faham."
"ok"
Ruin membawa Umar ke suatu tempat yang agak jauh. Sebuah rumah bawah tanah yang mempunyai cerobong asap di atas bumbungnya.
"Jom masuk"
Umar masuk. Di dalam rumah itu terdapat pelbagai senjata, peralatan perang, mesin yang pelik, patung dan lain-lain benda yang Umar tak dapat kenali.
"Inilah tempat kami bekerja."
"Mari ke sini. Ini semua senjata yang saya buat sendiri. Awak boleh pilih salah satu senjata yang awak inginkan, saya bagi."
"Keistimewaan senjata buatan elf adalah ianya lebih ringan berbanding senjata yang dibuat oleh dwarf atau manusia. Senjata buatan elf juga mempunyai magic yang kuat. Sewaktu membuat senjata, kami akan memasukkan kuasa magic kami ke dalam senjata tersebut."
Umar melihat satu per satu senjata itu. Ada pelbagai jenis senjata, panah, pedang, pisau, perisai, tombak, lembing dan bermacam-macam lagi.
Aku perlu berlatih dahulu untuk menggunakan panah sebab ianya memerlukan ketepatan. Jadi senjata yang paling sesuai untuk orang yang baru sepertinya adalah sebilah pedang. Ia tidak terlalu pendek sehingga perlukan kelajuan dan ketepatan. Jadi ia akan mengekalkan musuh dalam jarak yang selamat. Sekiranya dia gunakan senjata panjang seperti kayu atau tombak pula, ianya mungkin akan ditangkap oleh musuh kerana dia masih belum mahir. Pedang sukar ditangkap oleh musuh kerana ianya tajam.
Umar membuat keputusan untuk memilih Pedang.
"Saya nak pedang."
"Ok. Kejap, saya pilihkan beberapa yang saya rasakan sesuai untuk awak."
"Nah, ini 3 yang saya rasa terbaik yang saya pernah buat."
Dia melihat pilihan pedang yang ada.
"Lihat Maklumat"
| Pedang Api Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Pedang ini adalah salah satu daripada rekaannya yang terbaik. Kualiti : Sangat Berkualiti (Tahap 4) Daya Ketahanan : 100/100 Kesan : - Kekuatan +3 - Kelajuan +10 - Kuasa Serangan +20 ~ +30 - Bahagian badan yang diserang oleh pedang ini akan terbakar. Harga : 30 duit emas |
| Pedang Air Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Pedang ini adalah salah satu daripada rekaannya yang terbaik. Kualiti : Sangat Berkualiti (Tahap 4) Daya Ketahanan : 100/100 Kesan : - Kekuatan +5 - Kelajuan +5 - Kuasa Serangan +22 ~ +27 - Setiap satu pukulan akan menyebabkan musuh hilang 20 mana Harga : 23 duit emas |
| Pedang Cahaya Ruindoldaer Ruindoldaer adalah tukang yang mahir. Pedang ini adalah rekaannya yang terbaik. Kualiti : Sangat Jarang Ditemui (Tahap 6) Daya Ketahanan : 100/100 Kesan : - Kekuatan +7 - Kelajuan +7 - Kuasa Serangan +25 ~ +38 - Setiap satu pukulan akan menambah 20 unit nyawa pada pemilik pedang. - Kuasa serangan +30% terhadap makhluk kegelapan. Syarat : -Hanya boleh digunakan oleh orang yang berhati suci -Tidak akan melukakan orang yang berhati suci Harga : 75 duit emas |
"Saya nak pedang yang ini."
"Wah, macam mana awak tahu? pedang ini adalah senjata yang terbaik pernah buat! Saya sendiri terkejut saya mampu buat senjata seperti ini."
"Saya buat pedang ini daripada besi suci yang saya gali di gua suci elf. Besi ini sangat sukar ditemui. Macam mana awak tahu."
Umar hanya tersenyum.
"Saya ada kebolehan untuk melihat maklumat sesuatu perkara." jawab Umar.
Druidar melarangnya memberitahu sesiapa, akan tetapi dia sangat percaya dan terhutang budi terhadap Ruindoldaer selepas semua yang Ruindoldaer berikan kepadanya.
"Wah, hebatnya!"
"Cuba awak ceritakan apa magic yang pedang ini ada."
"Ok, pedang ini akan memberikan kuasa sembuhan kepada pemiliknya, setiap pukulan pada musuh akan menyumbuhkan pemiliknya. Ia juga akan lebih berkesan sebanyak 30% kepada makhluk kegelapan."
"Betul, awak memang hebat!."
"Baiklah, awak dah pun pilih senjata awak. Jom kita uji kesesuaian senjata ini dengan awak."
"Macam mana kita nak uji?"
"Memandangkan awak memilih senjata dari elemen cahaya, jom ikut saya, saya ada satu tempat yang sangat sesuai untuk kita uji senjata ini. Sekejap, saya pun nak pakai perisai dan senjata saya."
Ruin memasukkan pedang tadi ke dalam satu sarung pedang dan membantu mengikat pedang itu di belakang Umar.
Kemudian Ruindoldaer masuk ke sebuah bilik. Tak lama kemudian dia keluar siap dengan pakaian serba hijau dan bersenjatakan satu kayu magic. Kayu tersebut agak panjang, hampir sama panjang dengan dirinya. Pakaian dan senjata yang digunakan oleh Ruin tidak kurang hebatnya berbanding senjata yang Ruin hadiahkan pada Umar. Di belakang Ruin ada satu beg, mungkin diisi barang-barang yang dia nak bawa.
"Saya ni pandai serba sedikit dalam semua benda, semua benda saya boleh pakai. Memandangkan kita akan bergabung berdua, strategi yang paling baik adalah dengan saya memberikan bantuan pada awak menggunakan magic sembuh dan magic menguatkan awak dari belakang. Strategi ini juga akan adalah yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan awak dalam masa yang cepat."
"Jom kita pergi."
Umar mengikuti Ruindoldaer dari belakang. Ruin membawa Umar masuk ke semak berdekatan. Mereka perlu merentasi rimbunan pokok-pokok yang agak tebal.
"Kenapa kita kena lalu dalam semak ini?"
"Syyyhhh, jangan bising, nanti pengawal dengar!. Ikut je."
Ruin membawa Umar masuk ke dalam satu lubang gelap ditengah-tengah semak yang mereka rempuh.
"cálë!"
Kayu Ruin bercahaya. Ruin terus masuk lebih dalam ke dalam lubang itu. Umar hanya ikut di belakang.
Tak lama kemudian mereka keluar dari lubang itu.
"Lubang ini saya sediakan untuk saya lari keluar kampung pada waktu malam."
"Jom, tempat yang kita tujui tu tak berapa jauh dari sini."
"Kita nak pergi mana ni?"
"Satu gua yang menjadi sarang untuk makhluk kegelapan. Hahahah...." Ruin gelak jahat.
Umar agak takut, akan tetapi dia mempercayai Ruin, jadi dia hanya ikut sahaja.
"shhh...."
"Ada sesuatu berdekatan, keluarkan pedang!"
Umar mengeluarkan pedangnya. Pedang itu bercahaya. Ianya membantu penglihatan Umar pada waktu malam-malam seperti ini.
"Grrrr...." seekor anjing berwarna hitam keluar daripada semak berdekatan Umar. Anjing itu agak besar berbanding anjing biasa. Matanya bercahaya merah. Giginya tajam dan panjang.
Ruin mundur ke belakang.
"Itu seekor anjing bayang. Ia adalah makhluk kegelapan. Pergi lawan dia, saya akan bantu dari belakang. Jangan bimbang, kalau keadaan bahaya saya akan selamatkan awak."
"Arda envinyanta!"
| Arda envinyanta! Kesan Tempoh Masa : 15 minit. Nyawa + 100 Kekuatan +10% Kelajuan +10% Ketahanan badan +10% |
Magic Ruin tidak sekuat Nestor, akan tetapi ianya tetap banyak membantu, terutama apabila bonusnya ditambah dengan senjata dan pakaian yang sedang Umar pakai.
"Lihat maklumat"
| Anjing Bayang | |||
| Nyawa | 80/80 | Elemen | Kegelapan |
| Stamina | 120/120 | Level | 10 |
| Kuasa Serangan | 120 ~ 150 | Pertahanan | 22 |
| Makhluk kegelapan yang mudah ditemui di dalam hutan Etnys. Hanya keluar pada waktu malam. | |||
Umar bergerak perlahan ke arah anjing tersebut. Tiba-tiba anjing tersebut melompat menerkan ke arah Umar. Umar terkejut lalu menghayunkan pedangnya ke arah anjing itu.
Buk
Pedang Umar terkena bahagian tepi anjing, akan tetapi anjing itu juga berjaya menjatuhkan Umar. Gigi anjing itu betul-betul di depan muka Umar ketika "Puff!", anjing itu menghilang seperti asap setelah pedang Umar memotong badannya.
"Uargh...." Umar menjerit sambil jatuh terlentang ke belakang.
Ding*
| Tahniah! Anda telah naik level |
"hahahaha...." Ruin hanya ketawa melihat gelagat Umar.
"Tak apa, semua orang macam tu waktu pertama kali berlawan."
"hahahaha....."
| Anda mempunyai 1 mata yang boleh diletakkan pada salah satu statistik yang ada. Anda ingin meletakkannya pada status yang mana? |
"Daya pertahanan." jawab Umar.
| Tambahan Status Berjaya! Daya Pertahanan anda sekarang : 40 |
Tiba-tiba 3 ekor lagi anjing bayang muncul.
"Ruin gelak kuat sangat!"
Umar cepat-cepat bangun bersedia untuk berlawan.
Ruin sudah bersedia di belakang.
"Gwedh! galadh!"
Akar kayu muncul dari tanah dan mengikat kaki salah ketiga-tiga ekor anjing.
Umar melihat peluang itu dan meluru ke hadapan untuk menyerang anjing yang paling dekat.
Ketika Umar ingin menghayun pedang, salah seekor anjing lain telah berjaya melepaskan diri dan terus melompat ke arah Umar.
Tangan Umar digigit. Nasib baiklah ada sarung tangan buatan Ruin. Hayunan pedang Umar terhenti. Tapi Umar tidak melepaskan pedangnya.
Umar menendang anjing itu. anjing itu terjatuh. Akar
"Gwedh! galadh!"
Ruin hanya mengulangi magic yang sama. Dia mahu Umar dapat pengalaman berlawan sendiri. Dia hanya membantu menghalang anjing itu bergerak bebas.
Umar kembali menghayun pedangnya pada anjing pertama tadi. Kena!, Puff, anjing itu mati.
Ruin melepaskan seekor anjing.
Anjing itu meluru kearah Umar.
Kali ini, sebaik sahaja anjing itu melompat, Umar mengelak ke tepi. Dia kemudiannya menghayunkan pedangnya ke arah anjing itu dari belakang. "Puff"
Tinggal seekor lagi.
Umar menggunakan cara yang sama. Biarkan anjing itu melompat menerkam ke arahnya, elak ke tepi dan tikam dari arah belakang.
Setelah berhadapan dengan beberapa ekor anjing bayang, Umar sudah mula dapat biasakan dirinya.
Puff.
"Lihat status"
| Status | |||
| Nama: | Umar Adam | Pengalaman: | 61/80 |
| Level: | 4 | Pekerjaan: | tiada |
| Kaum: | Manusia | Jantina: | Lelaki |
| Gelaran: | tiada | ||
| Kebaikan: | 0 | Kejahatan: | 0 |
| - | |||
| Nyawa: | 920 / 1020 | Pulih Nyawa: | 40 |
| Mana: | 72 / 72 | Pulih Mana: | 6 |
| Stamina: | 576 / 676 | Pulih Stamina: | 64 |
| - | |||
| Kekuatan: | 46 | Kelajuan: | 21 |
| Daya Pertahanan: | 40 | Pengetahuan : | 6 |
| Kebijaksanaan: | 6 | ||
| - | |||
| Kuasa Serangan: | 50.1 ~ 67.1 | Pertahanan: | 30.7 |
| Ketahanan Magic | |||
| Api: | 20% | Air: | 0% |
| Angin: | 0% | Tanah: | 4% |
| Kilat: | 0% | Ilusi: | 0% |
| Cahaya: | 0% | Kegelapan: | 0% |
| *Bonus -Kekuatan +10% -Kelajuan +10% -Ketahanan badan +10% -Kuasa Serangan terhadap makhluk kegelapan +30% -Setiap pukulan +20 nyawa | |||
Serangan pertama tadi menolak nyawa kira-kira 100 mata. Jadi Umar boleh menerima sehingga 10 kali serangan dari Anjing bayang sebelum nyawa Umar habis. Itupun sekiranya Umar langsung tidak menyerang kerana setiap serangan akan menyembuhkan sedikit nyawa Umar. Selain itu Ruin juga boleh menyembuhkan Umar sekiranya nyawa Umar sudah tinggal sedikit.
Manakala anjing ini mati setelah satu serangan sahaja dari pedang Umar.
Mengetahui maklumat ini, Umar menjadi lebih berani. Patutlah Ruin berani mengajak dia datang melawan anjing bayang ini.
"Jom kita teruskan mencari anjing bayang yang lain."
Mereka berdua meneruskan pemburuan anjing bayang selama dua jam lagi. Setelah pengalaman berlawan kali pertama ini, Umar lebih yakin bahawa dia mampu berlawan. Dalam dua jam itu mereka bertemu dan membunuh hampir 30 ekor anjing bayang. Umar naik 3 level lagi malam itu sebelum mereka memutuskan untuk pulang.
Semua mata yang ada Umar letakkan pada daya pertahanan. Memandangkan Umar akan berlawan dengan musuh secara berhadapan, dia perlukan Daya Pertahanan yang tinggi bagi mengurangkan kebarangkalian dia akan mati.
Sebelum pulang, Umar memeriksa statusnya buat kali terakhir. Dia tersenyum melihatkan perkembangan yang begitu cepat. Walaupun kebanyakan dari kekuatannya datang dari cincin dan semua peralatannya, tetapi dia tetap gembira. Dia perlu cepat-cepat bertambah kuat, itu pesan Druidar dan itu juga pesan ayahnya. Bagaimana caranya tidak berapa penting. Mereka kata ada musuh yang sangat menginginkan kematiannya.
| Status | |||
| Nama: | Umar Adam | Pengalaman: | 231/640 |
| Level: | 7 | Pekerjaan: | tiada |
| Kaum: | Manusia | Jantina: | Lelaki |
| Gelaran: | tiada | ||
| Kebaikan: | 0 | Kejahatan: | 0 |
| - | |||
| Nyawa: | 1527 | Pulih Nyawa: | 51 |
| Mana: | 72 | Pulih Mana: | 6 |
| Stamina: | 807 | Pulih Stamina: | 81 |
| - | |||
| Kekuatan: | 50 | Kelajuan: | 24 |
| Daya Pertahanan: | 51 | Pengetahuan : | 6 |
| Kebijaksanaan: | 6 | ||
| - | |||
| Kuasa Serangan: | 52.1 ~ 69.1 | Pertahanan: | 37.76666667 |
| Ketahanan Magic | |||
| Api: | 20% | Air: | 0% |
| Angin: | 0% | Tanah: | 4% |
| Kilat: | 0% | Ilusi: | 0% |
| Cahaya: | 0% | Kegelapan: | 0% |
Umar sangat beruntung mempunyai kawan yang sanggup membantunya sebegitu sekali. Dia sangat terhutang budi terhadap Ruindoldaer.
"Sudah tengah malam, kita perlu pulang sekarang dan dapatkan sedikit rehat sebelum pagi esok. Lagipun sudah tidak banyak anjing bayang di sini. Kita akan lebih banyak menghabiskan masa mencari berbanding berlawan."
Mereka bergerak pulang.
"Grrraauuugh"
Suatu makhluk hitam dan besar melompat ke arah Umar secara tiba-tiba.
Umar tidak panik kali ini. Setelah banyak kali diserang dengan cara yang sama, dia terus mengangkat pedangnya menahan terkaman itu. Umar dapat melihat dengan lebih jelas, kali ini. Makhluk itu kelihatan seperti seekor harimau yang besar. Badannya hitam dan matanya bercahaya merah sama seperti anjing bayang, cuma ianya lebih besar dan kelihatan seperti harimau. Panjang badannya kira-kira 2.5 meter.
Nampaknya harimau ini jauh lebih kuat daripada anjing bayang sebelum ini. Ia juga kebal daripada tikaman Umar. Umar terjatuh ke belakang. Harimau itu di atasnya.
Dari belakang dia melihat cahaya hijau diikuti cahaya biru yang kena tepat di belakang harimau itu, tapi ia tidak membawa kesan apa-apa. Harimau ini betul-betul kuat.
Umar terus bertahan dengan memegang pedang tersebut, itu sahaja yangmenghalang antara dirinya dan harimau itu. Sekiranya harimau itu dapat menggigit lehernya maka dia pasti akan mati. Seluruh badan harimau menekan separuh badannya dari dada ke bawah.
Dalam keadaan tidak mampu berbuat apa-apa itu,
"Lihat maklumat"
| Harimau Bayang | |||
| Nyawa | 900/1000 | Elemen | Kegelapan |
| Stamina | 500/500 | Level | 30 |
| Kuasa Serangan | 1200 ~ 1500 | Pertahanan | 150 |
| Makhluk kegelapan yang boleh ditemui di dalam hutan Etnys , ketua kepada anjing bayang. Hanya keluar pada waktu malam. | |||
Harimau bayang itu adalah makhluk pada level 30. "Asyhadu an laa ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadu rasulullah." Umar mengucapkan kalimah syahadah, kalau-kalau itu adalah saat terakhirnya. Umar masih belum mengalah, dia hanya perlu bertahan dan percayakan kawannya Ruindoldaer. Setakat ini serangan dari Ruin telah menurunkan 10% dari nyawa harimau itu.
Umar terus bertahan. Serangan dari Ruin terus bertalu-talu kena pada belakang harimau itu. Tanpa dia sangka, harimau itu bangun dari badannya. Nampaknya serangan Ruin memberikan kesan.
Serangan dari Ruin berterusan datang tanpa henti.
Harimau Bayang mula menukar sasarannya.
Sebaik sahaja Harimau membelakangi Umar, Umar terus melompat dan menghayunkan pedangnya sekuat-kuat hati.
| Pukulan Kritikal! Kuasa Serangan x 4 |
Pedang cahaya itu masuk ke dalam badan harimau bayang. Harimau Bayang terjatuh ke bawah, berguling-guling seperti kesakitan.
Dalam keadaan seperti itu, Umar terus menetak Harimau itu tanpa henti. Semakin lama, gerakan harimau itu semakin perlahan. Berbeza dari permainan komputer yang biasa Umar main, keadaan ini lebih natural. Semakin banyak luka di badan harimau itu, semakin lemah harimau itu melawan.
Dalam situasi ini siapa yang luka dahulu akan berada keadaan yang tidak baik.
Walaupun begitu, Umar dan Ruindoldaer masih lagi terus menyerang harimau itu tanpa henti, sehinggalah harimau itu benar-benar mati.
"Puff"
*Ding
| Tahniah! Anda telah naik level |
| Tahniah! Anda telah naik level |
Umar dapat naik 2 level setelah harimau itu mati.
Umar dan Ruindoldaer berpandangan sesama sendiri kemudian tersenyum lega, sebelum senyum itu bertukar menjadi ketawa.
"Hahahahaha......"
"Jom balik..."
----------------------------------------------
- bersambung di bab 5
