Thorn Si Naga Merah
Sebaik sahaja Umar keluar dari bilik Druidar, hari sudahpun malam. Dia melihat ke kanan, ada sebuah jambatan kayu. Sekiranya dia mengikuti jambatan kayu itu, dia akan sampai ke sebuah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik yang gelap. Hanya dua buah obor di hadapan rumah itu yang dinyalakan. Mungkin kerana tiada siapa yang membuka lampu di dalamnya, fikir Umar.

Sumber lampu diwaktu malam adalah daripada obor yang dipasang. Sepanjang setiap jambatan ada obor yang sentiasa terpasang. Di setiap rumah juga ada obor yang terpasang, biasanya berdekatan dengan pintu masuk.

Dia melihat sekeliling Sirdhem daripada atas bangunan besar itu. Disebabkan dia dibawa oleh pengawal tadi secara tergesa-gesa dia tidak sempat melihat pemandangan di sekeliling Sirdhem dengan lebih jelas. Pemandangan malam di Sirdhem sungguh indah.

Sirdhem tidaklah terlalu besar, ia hanya mempunyai satu bangunan besar di tengah-tengahnya yang disambungkan kepada beberapa rumah-rumah di atas pokok yang lain. Umar mula mengira bilangan rumah yang ada disekelilingnya. Daripada apa yang dia nampak, ada 8 buah rumah. Mungkin ada beberapa lagi yang dia tidak dapat nampak berada di belakang bilik Druidar.



Dia juga dapat melihat pondok pengawal di sekeliling Sirdhem. Bezanya, pondok pengawal ini tidak mempunyai obor. Umar tidak pasti samada ada pengawal atau tidak kerana tidak berapa nampak.

Setelah melihat sekeliling, Umar bergerak menuju ke bilik yang diberikan padanya.

Bilik itu masih gelap. Setelah masuk, Umar keluar kembali, tangannya mencapai salah satu obor yang ada di hadapan rumah itu, bawa ia masuk dan nyalakan lilin yang ada di dalam bilik itu.

Ada lima batang lilin di dalam bilik itu. Tiga di dinding dan dua di atas meja. Setelah menyalakan kesemuanya, barulah Umar dapat melihat keseluruhan bilik itu. Umar sangat suka dengan bilik yang diberikan kepadanya.

Bilik itu mempunyai satu katil, sebuah meja dan kerusi, rak untuk meletakkan barang yang mempunyai pelbagai botol kaca berwarna warni, rak yang penuh dengan buku-buku, dan sebuah kotak seperti kotak harta karun yang berkunci. Ada sebuah bekas yang mengandungi air di hujung bilik. Kawasan berdekatan bekas air itu lantainya berlubang-lubang.

Ada juga satu tempat sangkut baju.

Umar teringatkan kepada baju dan seluarnya yang sudah sedikit terbakar. Dia perlu menukar pakaiannya, akan tetapi dia tidak mempunyai pakaian lain selain dari yang dia sedang pakai ini. Dia tahu tak lama lagi akan ada orang yang akan datang membawa sepersalinan pakaian dan juga makanan untuk dia.

Perutnya sudah berbunyi sejak tadi. Dia tidak makan sejak pagi tadi. Akan tetapi disebabkan begitu banyak perkara yang terjadi, dia tidak terfikir tentang makanan sehinggalah Druidar menyebut tentangnya sebentar tadi.

Dia keluar semula untuk meletakkan kembali obor di tempatnya, kemudian dia duduk di atas katil yang disediakan untuk dirinya.

"Lihat Status"

Status
Nama:Umar AdamPengalaman:4/10
Level:1Pekerjaan: tiada
Kaum:ManusiaJantina:Lelaki
Gelaran:tiada
Kebaikan:0Kejahatan:0
-
Nyawa:97 / 100Pulih Nyawa:5/ min
Mana:20 / 20Pulih Mana:1/min
Stamina:80 / 80Pulih Stamina:8/min
-
Kekuatan:8Kelajuan:7
Daya Pertahanan:5Pengetahuan :6
Kebijaksanaan:6

-
Kuasa Serangan:4.5Pertahanan:4.5
Ketahanan Magic
Api:0%Air:0%
Angin:0%Tanah:0%
Kilat:0%Ilusi:0%
Cahaya:0%Kegelapan:0%

*Sedang dalam keadaan sangat lapar, perlu makan dalam masa 1jam 32 minit sebelum nilai nyawa, stamina dan mana mulai turun.



"Lihat skil"

Skil
Anda memiliki 1 skil


Nama Skil :Tahap Skil :Level :Pengalaman Skil:
Bahasa Sindarin (elf)Permulaan14/10
Setelah mendengar dan memahami Bahasa Sindarin buat kali pertama anda boleh memahami sabahagian daripada bahasa ini.

Terus pelajari bahasa ini untuk lebih memahaminya.

Anda akan mula boleh bercakap selepas mencapai level 5.    

Kesan :
  • Pengetahuan +1
  • Kebijaksanaan +1
  • Hubungan dengan elf bertambah baik

Umar dapat melihat yang pengetahuan dan kebijaksanaannya sudah bertambah sebanyak 1 mata. "Oh, apa lagi yang aku boleh dia buat untuk menaikkan pengalaman agaknya" fikir Umar.

Daripada mendengar perbualan itu sahaja pengalamannya bertambah menjadi 4 dan pengalaman skilnya juga bertambah sehingga 4 mata. Stamina pula sekarang sudah penuh, nampaknya stamina digunakan ketika dia menaiki tangga memanjat ke bilik ketua tadi. Aku memerlukan 10 minit untuk memenuhkan semula stamina setiap kali stamina menjadi kosong.

"Urgh, perut aku betul-betul lapar. Bilalah agaknya aku dapat makan."

Umar cuba melihat rak yang mempunyai botol kaca berwarna warni itu. "Oh, warna itu datang daripada cecair di dalam botol kaca itu." Di rak itu terdapat 8 jenis cecair yang tersimpan di dalam botol kaca. Diantara semua, paling banyak adalah botol yang berwarna biru diikuti oleh botol yang berwarna merah. Ada 3 unit cecair berwarna hijau dan lain-lain warna cuma satu unit setiap satu.

Umar memegang bekas kaca cecair yang berwarna biru

"Lihat Maklumat"


Ubat Mana
Kuasa Sembuhan:20 manaTamat tempoh :318 hari lagi
Kualiti :Gred G
Ubat mana yang mempunyai Gred G adalah antara ubat mana yang paling rendah kualitinya. Ianya hanya digunakan oleh orang yang baru belajar magic dan mempunyai sumber mana yang sangat sedikit.
Selamat untuk diminum oleh kanak-kanak.

Harga : Ubat ini tidak mempunyai sebarang nilai untuk dijual

Umar cuba melihat ubat yang berwarna merah pula.

"Lihat Maklumat"

Ubat Nyawa
Kuasa Sembuhan:30 mataTamat tempoh :272 hari lagi
Kualiti :Gred G
Ubat nyawa  yang mempunyai Gred G adalah antara ubat mana yang paling rendah kualitinya. Ianya biasa digunakan untuk menyembuhkan luka kanak-kanak dan bayi kecil.

Selamat untuk diminum oleh kanak-kanak.

Harga : Ubat ini tidak mempunyai sebarang nilai untuk dijual

Menarik!.

Umar terus cuba melihat maklumat pada setiap satu persatu ubat lain yang ada di situ, malangnya selain dari ubat biru dan merah itu semuanya tidak menunjukkan sebarang maklumat disebabkan level Umar masih terlalu rendah.

Tiada Maklumat.
Pengetahuan anda masih terlalu rendah.

Nampaknya bukan semua benda boleh diketahui dengan menggunakan arahan itu. Dia perlu menaikkan point pengetahuan untuk mengetahui lebih banyak perkara.

Umar teringat yang dia masih belum menunaikan solat maghrib dan isya'. Dia mengambil wudhu dan terus menunaikan kedua-dua solat itu. Umar solat dalam keadaan yang betul-betul khusyu' mengharapkan bantuan dan petunjuk daripada Allah SWT. Dalam keadaan terdesak seseorang itu akan lebih dekat dengan tuhannya.



--------------------------------------------------------------

Tidak lama kemudian seorang elf mengetuk pintu bilik Umar. Dia memberikan Umar sepersalinan pakaian dan juga makanan di dalam satu bungkusan. "Air ada di dalam bekas di sebelah bucu bilik. Cawan ada di atas meja. Oh, ini kunci untuk bekas kayu itu. Awak boleh guna semua barang-barang di dalam bilik ini. Ia sudah tidak lagi dimiliki oleh sesiapa."

Umar mahu bertanya siapakah tuan bilik ini sebelum dia akan tetapi dia pendamkan sahaja.

Setelah menutup pintu dan menyelaknya dari dalam, Umar duduk untuk makan makanan yang diberikan kepadanya. Dia diberikan sekeping biskut yang agak besar, sebesar buku teks sekolahnya. Biskut itu mempunyai tekstur yang lembut dan lembap, rasanya macam memakan kek. Walaupun tidak berapa banyak, kek itu cukup untuk membuatkan perutnya penuh.

Umar membuka peti simpanan yang berkunci, daripada sekali pandang ada pakaian, cermin, beberapa buah buku,  beberapa boneka yang diperbuat dari kayu dan banyak lagi yang tersusun dibawahnya. Mungkin dia boleh lihat satu persatu nanti, sekarang ini dia agak letih.

Pakaian yang diberikan itu pula adalah pakaian yang sama seperti yang dipakai oleh kawannya sebelum ini, Ruindoldaer. Pakaiannya sebelum ini dilipat rapi dan diletakkan di atas meja.

Setelah menukar baju dan makan, dia berbaring di atas katil sambil berfikir tentang keadaan dirinya sekarang. Dia teringatkan Ruindoldaer, satu-satunya elf yang dia anggap sebagai kawan di dunia baru ini. Dia cuba untuk melelapkan mata bagi mendapat kerehatan yang cukup untuk menempuh esok hari.

Tiba-tiba biliknya diketuk.

"Ruin, apa awak buat di sini?" Umar terkejut melihat Ruindoldaer yang sedang berdiri di muka pintu. Dia membuka pintu luas-luas mempersilakan Ruin masuk.

Tapi Ruin langsung tidak bergerak, hanya berdiri kaku. Umar menjadi pelik. "Ruin, awak ok ke?" dia bergerak ke hadapan untuk menyentuh bahu kawannya itu.

"Wargh!" Tiba-tiba ada lembaga menyergah Umar dari sebelah kiri.

Umar terkejut dan terus terjatuh ke belakang.

"Hahahahahahahahahaha..."

Lembaga itu adalah Ruindoldaer. Umar keliru melihat dua Ruindoldaer di hadapannya.

Sekali lagi dia terkena.

Umar : "Ciss..."

Ruindoldaer yang satu lagi itu cuma sebuah patung yang diukir dengan begitu teliti sehingga ia nampak seperti betul-betul hidup. Agaknya memang dia sediakan untuk dijadikan bahan usikan.

Ruin yang sebenar mengangkat patung itu kemudiannya meletakkannya disebelah pintu, dia masih belum berhenti ketawa.

"hahahahah..."

Umar bangun semula dan mempersilakan kawannya itu masuk.

"Ruin masih ingat padaku, bukankah ketua kampung kata yang dia akan buat Ruin terlupa?", Umar bertanya di dalam hatinya. Dia tak berani beritahu perkara itu kepada Ruin. Dia masih ingat pesan Druidar.

Umar : "Awak buat apa di sini?"

Ruin : "Saja nak jumpa kawan baru saya sorang ni. Nak tengok macam mana perasaan dia duduk di tempat baru ini. Kalau ada apa-apa yang awak perlukan bagitahu lah saya, atau kalau ada apa-apa nak tanya tentang tempat baru ini."

Umar : "Awak memang buat patung tu semata-mata nak kenakan saya sahaja ke? hahaha... semangat betul nak kena kan orang...."

Ruin : "Hahaha... taklah patung tu memang dah lama saya buat. Banyak kegunaannya. Hahaha...."

"Boleh juga guna gantikan tempat saya malam-malam untuk saya curi keluar...." Ruin bercakap dengan suara perlahan menyatakan yang itu adalah rahsia.

Umar : "Hahaha... awak ni memang banyak idea."

Umar teringin nak lihat adalah dia boleh gunakan arahan lihat maklumat pada seorang elf, akan tetapi buat masa ini dia pendamkan dahulu. "Mungkin di waktu lain" bisik Umar di dalam hati.

Ruin : "Kadang-kadang saya gunakan juga kalau saya nak ponteng kerja, saya letak sahaja patung itu seolah-olah sedang buat kerja, kemudian saya masuk tidur. Hahahaha.... Syyy jangan bagi tahu orang lain... hahaha..."

Umar : "Habis tu tak apa ke tinggalkan patung tu di luar? nanti orang lain nampak macam mana?"

Ruin : "Ketua suruh saya menjaga keselamatan awak malam ni. Sepatutnya saya berjaga di luar.... hahaha... awak faham-faham je lah... hahahah..."

Memang tak habis ketawa dengan Ruindoldaer.

Umar : "Pandai awak buat patung tu, ukiran dan warnanya sangat teliti."

Ruin : "Oh, itu senang sahaja, memang kerja saya sebagai tukang. Awak belum lihat kehebatan ayah saya lagi, saya rasa dia adalah tukang yang paling hebat di dunia."

Ruin : "Kalau dia nak buat patung, dia boleh masukkan mana ke dalamnya dan jadikan patung itu buat beberapa arahan mudah. Dia memang hebat."

"Ada juga 2 orang abang saya yang lebih mahir daripada saya. Jadi saya boleh dikatakan tukang yang ke empat paling mahir di kampung Sirdhem ini." Ruin berkata dengan bangga.

"Oh, baju awak yang terbakar siang tadi di mana? berikan pada saya, nanti saya tolong baiki." kata Ruin lagi.

Umar : "Ada atas meja itu, nanti bila awak nak keluar boleh ambil."

Mereka berdua sambung bersembang mengenai pelbagai perkara. Umar tak sedar bilakah masanya dia tertidur.

--------------------------------------------------------------------------

"Umar, bangun!. Umar, bangun!" satu suara mengejutnya bangun.

Umar membuka matanya, kabur... dia menggosok-gosok mata.

"Aku di mana ni?" dia melihat kelilingnya, dia sekarang ini sedang berada di dalam hutan yang amat gelap.Umar tidak pernah lihat pemandangan ini. Hutan ini pokok-pokoknya berbeza dari hutan yang Umar lalui siang tadi.

Di hadapannya ada satu sosok badan misteri berpakaian serba hitam. Dia bertopeng daripada hidung ke bawah, jadi Umar tak dapat mengenali siapakah dia. Pakaiannya macam pakaian yang dipakai oleh Umar siang tadi, cuma dia juga memakai selendang hitam panjang di belakangnya seperti kain belakang superman.

Umar memerhatikan lama lelaki misteri itu.

Tubuh badan dan perawakannya macam seseorang yang Umar kenali.

"Ayah! ayah ke tu?" tanya Umar.

Umar terus bangun menerpa dan terus memeluk lelaki itu.

"Umar, diam dan dengar apa ayah kata. Ayah cuma ada sedikit masa sahaja, ingat pesanan ayah ini, Umar kena berlatih bersungguh-sungguh dan naikkan kemahiran Umar. Ayah sekarang sedang mencari Umar. Umar perlu bertahan sehingga ayah berjaya jumpa Umar."

"Ini adalah kuasa ayah, ayah cuma ada 30 saat sahaja."

"Dunia baru ini besar, tapi jangan risau, ayah akan cari Umar sampai jumpa. Ayah perlu pergi sekarang."

"Ambil cincin ini, cincin ini adalah cincin khas yang boleh membantu Umar."

"Ayah perlu pergi sekarang."

Lelaki itu kemudiannya bergegas bangun dan melompat ke atas tebing bukit berdekatan.

Umar baru perasan ada seekor naga di situ. "Thorn!".

Lelaki itu menaiki belakang naga itu dan menunggangnya pergi.

Umar baru ingin menjerit memanggil ayahnya, tiba-tiba semua menjadi putih.

"Umar!" Umar terjaga.

Dia melihat sekeliling, dia sekarang berada di dalam biliknya di Sirdhem. Ruin masih tidur di atas lantai sebelah katilnya.

Oh mimpi rupaya.

Ada sesuatu di tangannya cincin berwarna hitam yang diberikan ayahnya di dalam mimpi tadi.

"Ayah ada di sini." Umar mengukir senyuman. Dia mendapat semangat kembali.

Umar melihat ke tingkap. Di luar masih gelap.

Umar duduk di bingkai katil sambil memerhatikan cincin yang sekarang ini berada di tangannya.

"Lihat Maklumat"


Cincin Rhytonmor.
 
Cincin Rhytonmor merupakan cincin yang sangat berkuasa. Cincin ini dapat naik level bersama-sama dengan pemakainya.

Semakin tinggi level cincin, semakin banyak manfaat yang akan diterima oleh pemakainya.

Kualiti : Artifak Lagenda
Daya Ketahanan : infiniti
 Level : 1

Kesan :

-Kekuatan + 2
-Kelajuan +1
-Daya Pertahanan +1
-Nyawa +200
-Ketahanan Magic Api +20%
-belum dibuka
-belum dibuka
-belum dibuka
-belum dibuka
-belum dibuka

Harga : 3,000,000 duit emas


"Terima kasih ayah." bisik Umar di dalam hati. Umar terus menyarung cincin tersebut ke jarinya.

"Lihat status"


Status
Nama:Umar AdamPengalaman:4/10
Level:1Pekerjaan:tiada
Kaum:ManusiaJantina:Lelaki
Gelaran:tiada
Kebaikan:0Kejahatan:0
-
Nyawa:320 / 320Pulih Nyawa:5/ min
Mana:20 / 20Pulih Mana:1/min
Stamina:96 / 96Pulih Stamina:8/min
-
Kekuatan:8 + 2Kelajuan:7 + 1
Daya Pertahanan:5 + 1Pengetahuan :6
Kebijaksanaan:6

-
Kuasa Serangan:5.4Pertahanan:5.4
Ketahanan Magic
Api:20%Air:0%
Angin:0%Tanah:0%
Kilat:0%Ilusi:0%
Cahaya:0%Kegelapan:0%


Umar bercadang untuk segera menambahkan ilmu dan kekuatannya mengikut arahan ayahnya. Umar ingin menjadi seorang yang kuat berusaha. Dia tidak boleh banyak berehat, dia tidak punya banyak masa!.

Mungkin aku boleh dapat idea sekiranya aku check maklumat Ruin pula untuk aku bandingkan.

"Lihat maklumat" kata Umar sambil memegang bahu Ruin.


Status
Nama:RuindoldaerPengalaman:
Level:32Pekerjaan:Tukang
Kaum:ElfJantina:Lelaki
Gelaran:Genius Nakal
Kebaikan:132Kejahatan:15
-
Nyawa:860 / 860Pulih Nyawa:10/ min
Mana:538 / 538Pulih Mana:49/min
Stamina:226 / 226Pulih Stamina:16/min
-
Kekuatan:21Kelajuan:14
Daya Pertahanan:10Pengetahuan :24
Kebijaksanaan:49

-
Kuasa Serangan:10.5Pertahanan:9.5
Ketahanan Magic
Api:20%Air:20%
Angin:10%Tanah:30%
Kilat:20%Ilusi:0%
Cahaya:20%Kegelapan:0%
- Gelaran Genius Nakal memberi +10 pada kebijaksanaan
- Pekerjaan Tukang memberikan +3 pada kebijaksanaan, pengetahuan dan kekuatan

Sudah pasti Ruin boleh meningkatkan lagi statusnya apabila memakai pakaian dan senjatanya. Sekarang ini cuma status Ruin dengan baju biasa sahaja.

Apa yang boleh aku buat sekarang ya? Aku boleh cuba membaca buku yang ada di sini.

Umar menuju ke rak buku, meneliti satu persatu buku yang ada. Buku itu tertulis dengan tulisan yang tidak difahami Umar. Umar mengeluarkan kiub kaca dari poketnya. Semua tulisan itu berubah menjadi Bahasa Malaysia. "Syukur ada kiub kaca ini", kata Umar di dalam hati.

Akhirnya Umar memilih satu buku.

"Memahami elemen Api sebagai sumber Magic."

Umar membuka lembaran pertama.

"Api adalah salah satu daripada empat unsur utama yang membentuk dunia ini. Empat unsur itu adalah Api, Air, Angin dan Tanah. Api adalah elemen yang merbahaya dan sukar dikawal. Sekiranya anda tersilap langkah anda boleh membahayakan diri anda sendiri dan orang disekeliling anda.

Pastikan anda mempunyai guru di sebelah anda sekiranya anda ingin mula mempelajari magic yang berasaskan elemen api. Tidak sedikit orang yang kehilangan tempat tinggal malah nyawa sendiri ketika cuba menguasai elemen ini."

"Wah, mungkin ini bukanlah elemen magic yang terbaik untuk diambil sebagai elemen permulaan," fikir Umar.

Umar meneruskan bacaannya. Selepas selesai bab yang pertama.

Ding*


Tahniah!
Anda telah mendapat skil baru


Nama Skil :Tahap Skil :Level :Pengalaman Skil:
Asas Elemen ApiPermulaan11/10
Setelah mempelajari mengenai elemen api, skill ini adalah skill pasif. Ia hanya menyumbangkan kepada status penggunanya. Semakin tinggi pemahaman anda semakin tinggi daya ketahanan anda terhadap magic Api.

Terus pelajari skill ini untuk lebih memahaminya.

Kesan :
  •  Ketahanan Magic Api +0.1%


"Yesss! akhirnya."

Umar menyambung bacaannya sehinggalah matahari mulai terbit. Umar berhenti sebentar untuk menunaikan solat subuh, dia sudah terlewat.

Selesai solat Umar menyambung semula pembacaannya.

Ding*


Tahniah!
Anda telah naik level


Status
Nama:Umar AdamPengalaman:10/20
Level:2Pekerjaan: tiada
Kaum:ManusiaJantina:Lelaki
Gelaran:tiada
Kebaikan:0Kejahatan:0
-
Nyawa:320 / 320Pulih Nyawa:5/ min
Mana:20 / 20Pulih Mana:1/min
Stamina:96 / 96Pulih Stamina:8/min
-
Kekuatan:8 + 3Kelajuan:7 + 1
Daya Pertahanan:5 + 1Pengetahuan :6
Kebijaksanaan:6

-
Kuasa Serangan:5.7Pertahanan:5.4
Ketahanan Magic
Api:20.1%Air:0%
Angin:0%Tanah:0%
Kilat:0%Ilusi:0%
Cahaya:0%Kegelapan:0%




Anda mempunyai 1 mata yang boleh diletakkan pada salah satu statistik yang ada. Anda ingin meletakkannya pada status yang mana?

 "Daya pertahanan." jawab Umar.


Tambahan Status Berjaya!
Daya Pertahanan anda sekarang : 6+1


Oh, melalui pembacaan, bukan sahaja Pengalaman Skil boleh bertambah, pengalaman biasa pun boleh bertambah juga!.

"Lihat Skill"

Senarainya tetap sama, cuma pengalaman skil untuk Skil Asas Elemen Api sudah bertambah dari 1 menjadi 7.

Jadi setiap satu unit pengalaman skill bertambah, satu unit pengalaman biasa juga bertambah. Umar kini lebih memahami bagaimana fungsi pengalaman dalam sistem dunia ini. Untuk naik ke level 3 dia perlu mendapatkan 20 mata pengalaman, dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Umar menyentuh pula cincinnya.

"Lihat Maklumat"

Cincin Rhytonmor juga naik level 2 dan kini memberikan efek tambah +1 pada kekuatan berbanding sebelumnya.

-----------------------------------------------

Tok tok tok...

Pintu bilik diketuk.

"Ruin, bangun! ada orang datang" Umar mengejut Ruin.

"Uargh...." Ruindoldaer menggeliatkan badannya.

"Umar, awak bangun?" satu suara perempuan bertanya dari luar.

Rasanya macam pernah dengar suara itu. Ruindoldaer terus berdiri tengak lalu menyorok di belakang pintu selepas mendengar suara itu. Melihatkan reaksi Ruin, Umar pasti itu Ethirhel.

"Ketua Druidar suruh bawa awak pergi Akkar." kata Ethirhel.

Umar membuka pintu.

Ethirhel mengerutkan mukanya sebaik sahaja melihat Umar.

"Kenapa awak conteng muka awak?" tanya Ethirhel.

Satu perkataan muncul di fikiran Umar. "Ruindoldaer! awak memang nak kena!"

Umar melihat ke sebelah. Ruindoldaer sedang menahan ketawa.

------------------------------------------------

- bersambung bab 4






Leave a Reply