![]() |
| Suasana di Hithlum |
Keadaan di dalam Hithlum sangat sibuk.
Umar perlu mencari Hyun Lee, akan tetapi dia tidak tahu ke mana dia harus pergi.
"Tuan pengawal, maafkan saya. Boleh saya bertanyakan sesuatu?" tanya Umar kepada pengawal tadi.
"Silakan"
"Tuan kenal sesiapa yang bernama Hyun Lee?"
"Hyun Lee? oh Hyun Lee adalah Tukang Besi di sini. Awak ikut jalan itu terus, sehingga sampai ke tengah-tengah kota. Ada sebuah kolam dengan air pancut di situ. Dari situ awak boleh tanyakan pada pengawal di sana."
"Terima kasih Tuan."
Umar berjalan menuju ke tengah-tengah Kota Hithlum.
Hithlum agak besar. Setelah hampir setengah jam berjalan barulah Umar sampai ke tengah-tengah kota. Sepanjang perjalanan Umar sentiasa menggunakan skil Mata Hatinya. Disebabkan Umar mempunyai stamina yang tinggi, dia boleh menggunakan skil itu selama mana yang dia mahukan.
Nampaknya semakin ramai orang yang dikesan oleh skil ini, semakin laju Umar mendapat pengalaman skil. Sekarang skil Mata Hati sudah mencapai level 5.
| Nama Skil : | Tahap Skil : | Level : | Pengalaman Skil: |
| Mata Hati | Permulaan | 5 | 21/160 |
| Anda boleh melihat level dan jumlah nyawa sesiapa pun dalam jarak 13m. Anda boleh mengesan kedudukan sesiapa pun dalam jarak 26m. Kos : 5 stamina/min Teruskan latihan ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. | |||
Daripada skil itu Umar dapat tahu yang ramai di kota ini mempunyai level yang tinggi-tinggi. Kebanyakan orang sudah mencapai level 50 dan ke atas. Yang paling tinggi Umar lihat seorang yang sudah mencapai level 182. Sangat susah nak jumpa orang yang berada di bawah level 30.
"Aku baru level 13, lemahnya aku." bisik Umar dalam hatinya.
Tanpa menggunakan skil ini tentu seseorang yang berlevel rendah tidak ada bezanya dari seseorang yang berlevel tinggi. Umar tidak tahu apakah semua orang lain mempunyai skil seperti nya atau tidak. Sekiranya orang tahu
"Senjata untuk dijual! Berkualiti Tinggi! Murah-murah!"
"Mencari Ahli Magic untuk mennyelesaikan Quest!"
"Baiki senjata anda di sini! Baiki senjata dengan harga yang murah!"
"Pakaian berkualiti tinggi! Mari lihat, mari lihat!"
"Pahlawan yang berani dicari! buktikan kekuatan anda!"
"Sup Harimau! boleh meningkatkan status anda untuk satu hari!"
"Mencari kawan untuk menjelajahi gua! daftar sekarang sebelum penuh!"
"Lelong barang-barang murah! Ubat-ubatan, senjata, pakaian!"
Di tengah-tengah kota itu sangat sibuk. Suasananya seperti pasar malam. Ramai orang yang berkumpul mencari, membeli atau menjual sesuatu. Di situ juga ada Papan Notis yang mempunyai banyak tampalan-tampalan kertas.
Umar melihat tulisan-tulisan pada papan tanda itu.
Ada banyak notis orang jahat yang dikehendaki oleh pengawal kota. Nampaknya ini adalah satu peluang untuk mendapatkan wang ganjaran di sini. Ramai juga orang yang datang melihat notis dan menyalin maklumatnya. Agaknya mereka itu adalah pemburu penjenayah.
Selain dari Nota Dikehendaki, ada juga nota ganjaran untuk barangan tertentu dan nota untuk kerja-kerja kosong. Umar tertarik untuk mencari kerja kosong, akan tetapi dia perlu mencari Hyun Lee terlebih dahulu. Itu pesan Druidar.
Umar mencari pengawal yang terdekat dan bertanya.
"Assalamualaikum wbt dan selamat pagi, Tuan, maafkan saya, boleh saya bertanya?"
Umar memberi salam kali ini kerana pengawal ini kelihatan seperti orang berbangsa melayu. Setelah sentiasa menggunakan sistem kiub penterjemah, Umar sudah tidak lagi dapat membezakan bahasa apa yang digunakan oleh setiap orang di sini sebab semuanya diterjemah oleh kiub penterjemah. Kiub penterjemah turut menterjemahkan bahasa yang Umar tuturkan.
"Waalaikumussalam wbt, ya boleh silakan."
"Boleh Tuan beritahu saya di mana saya boleh mencari Encik Hyun Lee?"
"Oh, Hyun Lee si Tukang Besi itu? awak nampak jalan yang ada kedai baju tu? ikut jalan itu terus selama kira-kira 30 minit awak akan nampak papan tanda bertulis Pakar Perisai dan Senjata - Hyun Lee. Biasanya dia ada di dalam kedainya."
"Terima kasih Tuan. Saya mohon diri dahulu."
"Sama-sama. Awak sangat bersopan santun. Boleh saya tahu nama awak?"
"Boleh, apa salahnya. Nama saya Umar."
"Wah, nama yang bagus. Nama Pahlawan! moga adik menjadi seorang yang hebat seperti Khalifah Umar al-Faruq."
"Amin, terima kasih atas doa tersebut."
"Boleh saya jadi kawan Umar? Saya Muhammad, pengawal Kota Hithlum. Jarang dapat jumpa orang yang bersopan santun seperti awak dalam Etnys."
"Boleh apa salahnya. Saya terima."
Kalau aku tahu yang boleh daftar kawan macam ni tentu saya akan daftar kawan dengan Ruindoldaer. Boleh bertukar maklumat melalui surat.
"Boleh saya tanya soalan lagi?"
"Boleh, silakan."
"Boleh ke kita nak hantar surat sekiranya kita tak pernah daftar sebagai kawan?"
"Oh, awak baru mula main ke? melihatkan pakaian dan senjata awak yang agak hebat, saya ingatkan awak sudah sekurang-kurangnya level 60 atau 70. "
"Main? sekarang ni kita sedang bermain ke?"
"Hah! awak tak tahu yang awak sedang bermain dalam permainan virtual mas multiplayer online yang bernama Etnys? macam mana awak boleh berada di sini?"
"Saya terjatuh dan kepala saya terhantuk ke tangga. Apabila saya bangun, saya sudah berada di dalam dunia ini."
"Oh, saya pernah dengar juga mengenai kes seperti itu. Seseorang yang berada di dalam keadaan koma akan dibawa masuk ke dalam dunia ini agar mindanya sentiasa aktif. Jadi proses pembelajaran akan sentiasa berlaku. Ianya boleh meningkatkan kadar seseorang untuk pulih dari koma. Mungkin awak juga begitu."
"Cuma yang pelik kenapa awak baru tahu mengenai perkara ini. Awak tidak dapat lihat paparan sewaktu mula bermain ke? paparan yang keluar dan berikan kita pilihan untuk memilih kita mahu bermain sebagai bangsa apa dan muncul di bandar mana?."
"Tak ada. Saya terus muncul di tengah-tengah hutan."
"hmm... mungkin sistem error kut. Apapun selamat datang ke Dunia Etnys. Semuanya nampak real kan? kalau kena pukul pun rasa sakit. Awak pernah berlawan dengan apa-apa? Fuh dunia ni memang sangat best!"
Persoalan Umar selama ini akhirnya terjawab juga. Dia sekarang ini sedang berada di dalam sebuah dunia virtual. Badannya yang sebenar mungkin sedang terbaring di dalam hospital. Mungkin sedang dalam keadaan koma. Mindanya sahaja yang melihat, merasa, bau, dengar segala yang berlaku di dunia ini.
"Boleh awak terangkan lebih lanjut tentang bagaimana dunia Etnys ni berfungsi? adakah kita boleh mati di dalam dunia ini?"
"Oh, kalau kami, pemain biasa, kalau mati kita akan terlog out dan tidak boleh login semula selama 2 hari. Level akan kena penalti sebanyak 10%, semua stat kekuatan, kelajuan, daya pertahanan, pengetahuan dan kebijaksanaan akan turun satu mata, dan semua kemahiran skil juga akan turun satu level. Barang dalam inventori juga akan jatuh secara rawak, kadang-kadang dua atau tiga barang. Sebab itulah semua pemain sangat takutkan kematian."
"Selepas itu, kita akan dapat hidup semula di mana-mana pekan yang terakhir kita lawati. Cuba awak perhatikan di hujung air pancut itu, tunggu sekejap...."
Umar melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Muhammad. Tak lama kemudian muncul satu cahaya dan keluar seorang lelaki daripada cahaya itu.
"Ha, macam tu lah seorang yang baru hidup semula."
"Oh begitu..."
Jadi, aku tak perlu terlalu takut lah. Kalau mati pun bukanlah penghabisan pada segala-galanya. Level boleh naik balik, skil boleh train semula dan barang boleh dicari kemabli.
"Erm, kalau awak ada banyak soalan lagi, jom kita pergi ke kedai makan dahulu. Saya belanja. Kita boleh makan sambil bersembang. Jadi pengawal ni tugas utama dia adalah berjalan di sekeliling kota dan menangkap penjenayah sekiranya ternampak. Kecualilah kalau ada serangan, barulah kami akan mula sibuk."
"Baik. Terima kasih kerana sudi belanja saya makan."
Umar mengikuti Muhammad ke kedai makan.
Ianya sebuah kedai yang menjual makanan Western. Muhammad memesan Macaroni Bakar, manakala Umar memesan Chicken Chop. Umar memang sangat menggemari Chicken Chop sejak dari dulu lagi.
"Wau, rasanya sama dengan rasa chicken chop dalam dunia sebenar! Sedapnya!"
"Hahaha... dan kita tak akan gemuk daripada makan makanan di sini. Pesan lah lagi kalau nak."
Umar memesan 2 set chicken chop lagi. Sudah lama dia tidak merasa makanan kegemarannya itu. Selama duduk bersama elf, dia hanya dapat makan makanan seperti roti yang diberikan. Sambil makan Muhammad menyambung penerangannya tentang dunia Etnys lagi.
"Cara yang paling senang nak naik level adalah dengan mengikuti satu kumpulan orang dan pergi membunuh makhluk di dalam gua atau hutan. Sekiranya bernasib baik, kita boleh dapatkan pelbagai barangan yang hebat setelah membunuh makhluk itu."
"Bercakap tentang peralatan, macam mana awak boleh dapat pakaian dan senjata yang begitu hebat? Setiap satu pakaian ini sekurang-kurangnya berharga beberapa wang emas. Sama macam gaji sebulan saya sebagai Pengawal Kota Hithlum."
"Ianya diberi sebagai hadiah oleh kawan saya di kampung elf"
"Kampung elf! Wah, macam mana awak boleh masuk ke dalam kampung elf? Manusia dilarang dari masuk ke sana!. Setakat yang saya tahu hanya golongan elit istana atau pengembara yang hebat sahaja yang boleh dapat berjumpa elf."
"Tak, kalau tak bagi tahu pun tak apa. Itu sebenarnya peraturan senyap di dunia Etnys, jangan mudah-mudah beritahu orang lain bagaimana mendapatkan sesuatu. Sebenarnya kalau mudah-mudah beritahu orang lain, itu akan membahayakan diri awak. Kalau awak beritahupun, belum tentu orang itu akan dapat benda yang sama. Setiap orang mempunyai kisah unik mereka sendiri."
"Tidak seperti dunia game biasa yang semua orang boleh dapatkan peristiwa atau quest yang sama, dalam dunia Etnys ini semua Non Player Character (orang yang bukan pemain) ada hidup mereka masing-masing. Sekiranya mereka perlukan apa-apa bantuan barulah mereka akan berikan quest tertentu pada orang yang mereka rasa boleh bantu mereka."
"Ianya macam di dunia sebenar. Setiap NPC ini seperti orang yang memang hidup di dunia ini sejak dari zaman dahulu lagi. Mereka ada sejarah mereka, ada keluarga dan salah silah mereka sendiri. Mereka boleh berkawan, bermusuh, suka, benci, malah ada yang boleh berkahwin dan mendapatkan anak di dunia ini."
"Sekiranya suatu barang itu adalah barang unik, maka hanya seorang sahaja dalam dunia ini yang boleh dapat barangan itu. Sekiranya seorang NPC menghadiahkan awaka suatu barang, maka dia akan kehilangan barang itu, Jadi orang lain sudah tak boleh dapatkan barang yang sama."
"Dalam dunia ini level bukanlah segala-galanya. Dan tak ada orang yang boleh tahu pun apa level orang lain. Kecuali dalam keadaan tertentu, contohnya jika dia melakukan jenayah seperti membunuh atau merompak pemain lain atau npc yang baik, maka pihak penyiasat dari istana akan menggunakan magic tertentu menandakan nama dan levelnya untuk semua orang nampak. Semua penjenayah akan ada tanda ini di atas kepala mereka."
Oh, orang lain tak boleh tahu level orang lain? nampaknya skil aku ini amat berguna.
"Oh, ada tak skil atau magic tertentu yang membolehkan pemain mengetahui level orang lain?"
"hmm... setahu saya tak ada. Kalau ada pun mungkin orang itu rahsiakan atau masih belum pernah dijumpai oleh sesiapa pun."
"Tapi, macam yang saya cakap, level bukan segala-galanya. Macam dalam dunia sebenar, jumlah mata dalam satu-satu stat boleh naik sekiranya kita mendapat skil tertentu atau mendapat barangan yang hebat. Seorang yang berada di level 50 belum tentu akan kalah dengan mereka yang berada di level 60. Tapi kalau jauh sangat beza level tu biasanya memang akan kalah sebab jumlah level menandakan pengalaman dan masa yang seseorang habiskan di dalam dunia Etnys ini."
"Jadi level ni boleh digunakan sebarang kayu ukur yang umum, begitu?"
"Ya, tepat sekali. Hahaha... Saya ni banyak cakap kan?"
Umar tahu yang Muhammad sekarang sudah level 98. Dia sentiasa mengaktifkan skil Mata Hatinya untuk tujuan latihan. Skil ini adalah skil yang paling penting baginya. Sekiranya kekuatan musuh jauh lebih tinggi, dia boleh terus lari atau menyembunyikan diri.
"Maaf, boleh saya bertanya? Tuan dah main game ni berapa lama?"
"hahaha... saya dah main game ni selama 4 bulan di dunia sebenar. Masa dalam game ni bergerak 5 kali lebih lama daripada dalam dunia sebenar, Jadi dalam dunia ini sudah kira-kira setahun setengah."
"Ya, betul, sebab itu kalau seseorang mahu belajar sesuatu, dia boleh masuk ke dalam dunia ini dan buat latihan di sini. Dia akan ada 5 kali ganda masa berbanding di dunia sebenar. Itu yang menjadikan game Dunia Etnys sekarang sudah dipakai di seluruh dunia."
"Mereka yang ingin bekerja biasanya akan masuk ke server yang lain bagi mengelakkan serangan dan lain-lain perkara yang boleh mengganggu kerja. Dalam server itu ada perkakas yang lebih moden seperti komputer, kereta, dan lain-lain. Ianya khusus untuk orang yang ingin menggunakan dunia ini sebagai tempat kerja atau tempat belajar."
"Umar mula bangun di dunia ini sejak berapa lama?"
"Erm, dalam dua minggu lebih kurang."
"Oh, begitu. Game ni dah 6 bulan dilancarkan. Kalau ikut waktu Etnys, sudah 2 tahun setengah. Kalau ikutkan berita terbaru di TV, pemain yang paling tinggi yang diketahui sekarang ini level 230."
"Ada berita di TV?"
"Ya, game ini sangat digemari sehingga sudah ada rancangan televisyen yang khusus mengenainya."
"Wau."
"hahaha..."
"Bayangkan seorang yang kaya raya ingin merasai percutian di dunia baru yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini, dia hanya perlu masuk ke dunia Etnys. Seorang yang gemar memancing, dia boleh menaiki bot dan memancing pelbagai ikan-ikan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Seorang yang gemar bercuti bersama keluarga, boleh berbuat demikian di dunia ini. Terlalu banyak fungsi yang boleh digunakan."
"Ada sesetengah orang yang menjadikan dunia ini sebagai dunia sebenar, mereka dipanggil fulltimer. Mereka dibayar gaji dengan membawa orang-orang yang mahukan servis mereka di dunia ini menggunakan duit sebenar."
"Antara servis yang mereka berikan adalah membawa orang melancong ke mana-mana tempat, membantu orang menyelesaikan misi yang sukar, membawa orang merentasi kawasan yang merbahaya, dan sebagainya. Malah barang-barang yang bergarha dan sukar ditemui didunia ini pun boleh dijual dengan duit betul."
"Wah, jadi saya boleh bantu keluarga saya dengan bekerja di dunia ini lah? tidaklah saya menyusahkan mereka nanti. Waktu saya mula tak sedarkan diri, usia saya 12 tahun. Saya tak pasti berapa lama sudah berlalu."
Muhammad tersenyum, "Bertuah ibubapa kamu mempunyai anak yang sentiasa berfikir bagaimana mahu membantu mereka berdua."
"Malah saya boleh berjumpa dan berhubung dengan mereka sekiranya dapat berjumpa nanti."
"Ya, betul. Abang harap kamu dapat berjumpa dengan kedua ibu bapa dan adik beradik kamu suatu hari nanti. Dunia ini amat besar, lebih besar dari dunia kita yang sebenar. Akan tetapi jika kita berusaha insya'allah kita akan berhasil satu hari nanti. Abang pasti kedua ibu bapa kamu pun mesti sedang mencari kamu di dunia ini."
Muhammad sudah mula membahasakan dirinya abang setelah tahu usia sebenar Umar.
"Terima kasih abang."
"Nanti kalau nak cari abang, boleh tanya sahaja pada mana-mana pengawal, mereka semua kenal pada abang."
"Malam ni ada tempat tinggal tak? kalau tak ada boleh tinggal di rumah abang. Abang ada satu rumah di bandar ni."
"Saya perlu berjumpa dengan Encik Hyun Lee terlebih dahulu sebelum memberitahu apa-apa, Terima kasih atas pelawaan itu."
"Saya mohon diri dahulu."
"Ok, kalau ada apa-apa yang abang boleh tolong nanti beritahu lah. abang akan cuba bantu."
"Terima kasih abang"
Umar pun mengundur diri, bergerak menuju ke Kedai Encik Hyun Lee.
---------------------------------------------

| Dikehendaki! |
| Nama : DeathSlayer Level : 49 Kejahatan : Membunuh dan merompak pemain di kawasan sekitar Hithlum. Ganjaran : 10 wang emas Nota : 1. Sila bawa penjenayah berjumpa salah seorang pengawal kota untuk mendapat ganjaran. 2. Sekiranya anda membunuh penjenayah tersebut, sila bawa bukti untuk mendapat ganjaran |
| Dikehendaki! |
| Nama : Marwin Level : 32 Kejahatan : Membunuh dan merompak pemain di kawasan sekitar Hithlum. Ganjaran : 7 wang emas Nota : 1. Sila bawa penjenayah berjumpa salah seorang pengawal kota untuk mendapat ganjaran. 2. Sekiranya anda membunuh penjenayah tersebut, sila bawa bukti untuk mendapat ganjaran |
Ada banyak notis orang jahat yang dikehendaki oleh pengawal kota. Nampaknya ini adalah satu peluang untuk mendapatkan wang ganjaran di sini. Ramai juga orang yang datang melihat notis dan menyalin maklumatnya. Agaknya mereka itu adalah pemburu penjenayah.
Selain dari Nota Dikehendaki, ada juga nota ganjaran untuk barangan tertentu dan nota untuk kerja-kerja kosong. Umar tertarik untuk mencari kerja kosong, akan tetapi dia perlu mencari Hyun Lee terlebih dahulu. Itu pesan Druidar.
Umar mencari pengawal yang terdekat dan bertanya.
"Assalamualaikum wbt dan selamat pagi, Tuan, maafkan saya, boleh saya bertanya?"
Umar memberi salam kali ini kerana pengawal ini kelihatan seperti orang berbangsa melayu. Setelah sentiasa menggunakan sistem kiub penterjemah, Umar sudah tidak lagi dapat membezakan bahasa apa yang digunakan oleh setiap orang di sini sebab semuanya diterjemah oleh kiub penterjemah. Kiub penterjemah turut menterjemahkan bahasa yang Umar tuturkan.
"Waalaikumussalam wbt, ya boleh silakan."
"Boleh Tuan beritahu saya di mana saya boleh mencari Encik Hyun Lee?"
"Oh, Hyun Lee si Tukang Besi itu? awak nampak jalan yang ada kedai baju tu? ikut jalan itu terus selama kira-kira 30 minit awak akan nampak papan tanda bertulis Pakar Perisai dan Senjata - Hyun Lee. Biasanya dia ada di dalam kedainya."
"Terima kasih Tuan. Saya mohon diri dahulu."
"Sama-sama. Awak sangat bersopan santun. Boleh saya tahu nama awak?"
"Boleh, apa salahnya. Nama saya Umar."
"Wah, nama yang bagus. Nama Pahlawan! moga adik menjadi seorang yang hebat seperti Khalifah Umar al-Faruq."
"Amin, terima kasih atas doa tersebut."
"Boleh saya jadi kawan Umar? Saya Muhammad, pengawal Kota Hithlum. Jarang dapat jumpa orang yang bersopan santun seperti awak dalam Etnys."
| Muhammad (Pengawal Kota) ingin menjadi kawan anda. Kawan yang boleh bertukar maklumat atau khabar menggunakan sistem surat di dalam dunia Etnys. |
| Terima / Tolak |
"Boleh apa salahnya. Saya terima."
| Tahniah! |
| Anda mempunyai 1 kawan 1. Muhammad (Online) |